Nak buat duit sekarang ni senang je! Tapi sayang masih ramai anak muda menganggur dan tak ada kerja.
Jadi lah Youtuber ke ? Buat je apa-apa yang pelik, sah korang viral. macam diorang ni……
1. PrinceMeed LIVE
Review barang pelik dari DarkWeb dan Ebay. Memiliki subscriber seramai 570K dan mula aktif dalam youtube pada tahun 2014. Mencecah penonton seramai 45,531,454 views. Menerusi Youtubenya dia diganggu dengan makhluk halus lepas buka kotak yang dibeli di Ebay. Dah minta bantuan ustaz tapi tak layan! Meed mengeluarkan 300 video dari youtube miliknya.
2. Webdriver Torso
“Mystery Channel” Video yang hanya ada petak biru merah . Memiliki subscriber seramai 161K dan mula menyertai youtube pada tahun 2013. Katanya video yang dibuat adalah kod-kod rahsia internet tapi tak ada siapa boleh faham dan huraikanya. Pemilik youtube ini mengeluarkan video sebanyak 624,730 dengan berdurasikan 10 saat sahaja.
3. Benjamin Bennet
Seorang youtuber berkelakuan pelik selama 4jam duduk di lantai dengan hanya tersenyum . Memiliki 241 Subscriber, video pertamanya bermula pada tahun 2014. Mempunyai 358 video dan 19,853,231 views. Pada 24 Februari 2019, selepas mencapai 300 video “Sitting and Smiling”, Bennett memulakan siri video baru bertajuk “Walking and Talkin”, di mana dia berjalan di sekitar kawasan dan bercakap mengenai topik tertentu.
4. Limbad Indonesia
Membuat aksi berbahaya kekuatan Master limbad. Mula-mula hanya memasuki tv show magic “the master” tapi tak sangka boleh jadi juara. Tup! Tup! ada youtube acc sendiri. Ahli silap mata ini memiliki 458K subscriber dan mempunyai 59 video. Join youtube pada 2 May 2012, view seramai 19,094,308. Kalau nak tengok aksi makan paku, mandi dalam air didihan boleh tengok Youtube Limbad Indonesia.
5. Zefrank1
True Fact mengenai haiwan dengan cara yang menghiburkan. Memiliki subscriber seramai 2.75M hanya bercerita mengenai haiwan. Walaupun hanya mempunyai 174 video tapi dia mempunyai viewers sebanyak 435,357,427. Memulakan karya sebagai youtuber pada tahun 2006 . Videonya mengenai stinkhorns telah menarik perhatian ramai dengan 2.3M viewers, kalau nak tahu boleh tengok sendiri dekat youtube