Filem-filem Gore Yang Bikin Korang Muntah!

Buat peminat filem splatter yang cintakan adegan kekerasan, kengerian, kesadisan, kedarahan- elok sangatlah kalau korang baca entri nie yang ditulis khas untuk penyembah filem gore! MKR senaraikan Top 10 filem-filem gore yang maha dasyat, yang bikin korang muntah hijau!

#10. Saw

Dibintangi oleh ikon psychopath bernama Jigsaw. Jalan cerita Saw berbeza sebab cerita nie mengisahkan satu game yang dimain oleh para mangsanya dalam keadaan sedar atas kesalahan yang dorang buat. Game tu dibuat oleh Jigsaw sendiri sebab dia ada penyakit kanser yang tak boleh sembuh. So motif game maut tu untuk sedarkan orang-orang dengan cara dia yang tersendiri. Ada satu scene tu sampaikan lelaki tu kena gergaji kakinya sendiri untuk dapatkan bantuan.

#9. Cannibal Holocaust

Adegan keganasan yang brutal, pencabulan dan kekerasan seksual memang menghiasi setiap detik filem nie.  Sekumpulan kru dokumentari hilang masa nak shoot pasal suku kanibal kat hutan Amazon. Sampaikan ada scene yang suku kanibal nie belah badan manusia dan makan!

#8. Wrong Turn

Nie bukan kisah manusia berubah jadi makhluk hodoh, tapi memang manusia yang sihat tubuh badan yang mempunyai tabiat hodoh! Silap besarlah lah kalau ada sesiapa yang salah jalan, wrong turn! Dorang nie macam kanibal lah lebih kurang. Kalau orang luar yang lalu kat kawasan tu especially perempuan memang habislah dia ratah dia cincang badan perempuan tu.

#7. Final Destination

Jalan cerita yang berbeza di mana sekumpulan kawan yang dihantui dengan rangkaian kematian misteri yang mengerikan. Filem nie si pembunuh uatamanya ialah sang kematian itu sendiri. Satu demi satu mati dalam keadaan yang cukup tragis.  Ada scene yang badan terbelah dua lah, kepala terpenggal lah, jari terkisar lah, dilanggar bas dengan sadis- macam-macam! Motif filem nie nak menggambarkan kematian tu memang dah tertulis and takda sape pun boleh halang kematian. Ciri khas FD nie dorang diberi kemampuan melihat masa depan dan berfirasat tentang kematian mendatang.

#6. The Texas Chainsaw Massacre

Di beberapa buah negara, filem nie diharamkan terus sebab banyak scene kekerasan ekstrim. Kalau korang nak tahu filem nie terinspirasi dari kejahatan nyata pembunuh bersiri, Ed Gein yang cukup terkenal dengan kumpulkan bukti dari mangsa yang dia dah bunuh- macam puting payudara, mask dari kulit and kepala manusia yang dia simpan kat rumah. Mengisahkan 5 orang nak ziarah datuk dorang and tiba-tiba dikejar and dibunuh dengan pembunuh bertopeng yang pegang gergaji besar, yang sesuka hati je nak gergaji orang kannnn!

Nak tahu yang lagi goreee? Click nextpage!

PAGES

1 2

COMMENTS