10 Francais Makanan di Malaysia!

Industri francais kat Malaysia nie dah makin berkembang dengan pesatnya. Kalau korang nak tahu sebanyak 851 syarikat francais daripada pelbagai sektor yang telahpun berdaftar! Haaa banyak kan? Tapi MKR senaraikan 10 francais makanan yang memang terkenal lah!

#1. Daily Fresh

Dengan lebih daripada 800 cawangan francais di seluruh dunia, Daily Fresh merupakan salah satu daripada peruncit makanan ringan makanan terkemuka kat dunia. Dorang sekarang aktif di 15 negara, menjual pelbagai makanan ringan dan dessert. Daily Fresh juga merupakan pemilik ladang jagung manis terbesar kat Malaysia.

Pelaburan modal permulaan: RM 85,000 – RM 120,000

Yuran francais: RM 25,000

Royalti: 2%

Yuran pengiklanan: 3%

#2. Marrybrown

Marrybrown merupakan pemenang pelbagai anugerah industri francais domestik dan antarabangsa. Dengan lebih dari 30 tahun di dalam industri francais, Marrybrown antara restoran makanan segera Halal (QSR) terbesar di dunia yang berasal dari Asia. 

Pelaburan modal permulaan: RM 500,000 – RM 700,000

Yuran francais: RM 80,000

Royalti: 4%

Yuran pengiklanan: 3%

#3. Teh Tarik Place

Ditubuhkan pada tahun 2007, Teh Tarik Place terkenal dengan masakan tempatan asli Malaysia, seperti teh tarik, roti canai and nasi lemak pedas. Mempunyai 23 cawangan and mostly cawangan dorang terletak di lokasi-lokasi panas and memang ramai pengunjung- Sunway Putra Mall, Midvalley, Sogo, One Utama. 

Pelaburan modal permulaan: RM 600,000

Yuran francais: RM 60,000

Royalti: 5%

#4. Secret Recipe

Siapa je yang tak fav cake kat SR nie kan? Memang terkenal dengan pelbagai jenis gourmet yang  berkualiti tinggi especially cake lah. Diasaskan pada tahun 1997, SR nie memang famous lah dengan makanan yang sedap and berkualiti dengan harga yang berpatutan. SR berkembang dengan pesat dan mempunyai lebih daripada 440 cawangan kat Malaysia nie.

Pelaburan modal permulaan: RM 600,000 – RM 650,000

Yuran francais: RM 150,000

Royalti: 5%

#5. Old Town White Coffee

Dengan 234 cawangan di seluruh negara, Oldtown adalah salah satu jenama kopi terkenal di Malaysia. Roti bakar dorang boek weyh! Terdapat lebih dari 100 pilihan makanan, lunch and dinner. Oldtown jugak menjual produk kopi dorang kat 13 negara lain. 

Pelaburan modal permulaan: RM 700,000 – RM 1,000,000

Yuran francais: RM 80,000

Royalti: 5%

Yuran pengiklanan: 3%

Sabar jappp! Ada lagi francais yang delicioussss! Click nextpage!

PAGES

1 2