10 Produk Makanan dan Minuman Terkenal Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu

Mesti korang sebenarnya tak sangka produk makanan dan minuman terkenal ada yang berasal dari Malaysia kan? So, jom kita kenali 10 Produk Makanan dan Minuman Terkenal Malaysia Yang Ramai Orang Tak Tahu!

1. Secret Recipe

Secret Recipe diasaskan oleh Datuk Steven Sim pada tahun 1997. Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini memulakan perniagaan bersama 3 orang anak saudara dengan bermodalkan RM150, 000. Dengan memiliki keyakinan yang tinggi, Secret Recipe telah membuka outlet pertama mereka di SS2 Petaling Jaya dan kini mempunyai 440 kedai di beberapa buah negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, China, Maldives, India & Bangladesh.

2. The Manhattan Fish Market

Mesti ramai yang sangka The Manhattan Fish Market ni produk dari Manhattan kan? sangkaan anda sememangnya salah! The Manhattan Fish Market sebenarnya diasaskan oleh 2 orang sahabat karib iaitu George Ang dan Dr Jeffrey Goh yang diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn. Mereka membuka cawangan pertama di Singapura pada tahun 2008 dan kini telah berjaya membuka banyak cawangan di beberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Myanmar, Indonesia, China, Sri Lanka, Bangladesh, Maldives, Oman, UAE, Jordan & Jepun.

3. Marry Brown

Nak makan ala-ala KFC & McD? korang boleh try Marrybrown! Sejarah Marrybrown bermula di sebuah shoplot di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru dan diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Lawrence dan Nancy Liew pada tahun 1981. Mereka mendapat idea untuk menjual makanan segera mengikut citarasa tempatan dan yang paling penting ianya halal. Marrybrown kini sudah mempunyai 130 outlet restoran di Malaysia dan 20 buah negara lain. Walaupun tidak sepopular McD dan KFC, Marrybrown masih bertahan sehingga kini. Wow hebat!

4. Gardenia

Bagi penggemar roti, korang mesti tak sangka yang sebenarnya Roti Gardenia merupakan produk Malaysia kan? Sebenarnya, Gardenia diasaskan pada tahun 1969 dan ia bermula daripada sebuah koperasi Amerika Syarikat iaitu International Executive Service Corporation apabila mereka menghantar seorang wakil iaitu Horatio Sye Slocumm untuk membuka sebuah perniagaan bakeri di Malaysia Timur (Sabah/Sarawak). Dengan mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam perniagaan bakeri di Amerika Syarikat, maka terhasil la Gardenia! Dengan tagline “Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja” kini Gardenia berjaya menguasai pasaran roti di Malaysia dengan mempelbagaikan produk bakeri berkualiti tinggi sehingga mendapat sambutan yang menggalakkan.

5. Munchy’s

Korang mesti suka makan biskut kan? haa.. kalau korang nak tahu, Munchy’s merupakan antara produk biskut yang bertaraf International. Ia diasaskan pada tahun 1991 di Batu Pahat oleh 2 orang adik beradik iaitu SK Tan dan LK Tan. Dengan pelaburan awal sebanyak RM80,000 syarikat Munchy’s kini berjaya mengeluarkan pelbagai produk makanan dan boleh didapati di pelbagai negara termasuklah di Hong Kong, Iraq, Singapura, Korea Selatan, Bahrain dan banyak lagi.

6. Mamee

Siapa yang tak kenal ‘jajan’ Mamee ni kan.. Korang pun tahu makan je eh! So, jom kita kenal dulu sejarah Mamee ini. Mamee ditubuhkan pada tahun 1971 dan diasaskan oleh Phang Chin Hin, seorang anak tempatan yang asalnya penjual kereta terpakai. Sedar tak sedar, Mamee telah mengeluarkan pelbagai produk lain seperti Mamee Monster, Mister Potato, Mamee Chef, Perfecto, Double Decker, Corntoz, Lite-Yo, Mamee Cool Tea, Nutrigen dan yang terbaru, Mamee Monster Biskidz. Kini, Produk keluaran Mamee sudah dieksport ke hampir 100 buah negara, antaranya Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Lubnan, Argentina, Thailand dan Singapura.

7. Old Town White Coffee

Korang suka lepak dekat Old Town White Coffee tak? takkan suka lepak je kot? korang pun kena tahu juga sejarah Old Town White Coffee ni! Okay.. Oldtown White Coffee diasaskan pada tahun 1999 yang berinspirasikan daripada kopi putih istimewa Ipoh. Restoran kopitiam halal ini mengeluarkan produk minuman pra-campuran seperti teh, kopi dan coklat. Selain beroperasi di lebih 237 kafe cafe di seluruh Malaysia, kini Old Town White Cofee juga telah membuka cawangan di beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Fiilipina, Taiwan, Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Beijing, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

8. Spritzer

Air mineral Spritzer memang antara favourite admin! tapi korang tahu ke pasal Air mineral Spritzer ni? Okay.. Air mineral Spritzer diasaskan oleh Dato’ Lim Kok Boon. Semasa beliau berada di Jerman pada tahun 1989, beliau telah memesan minuman ‘Sparkling’. Kemudian beliau diberikan minuman ‘Spritzer’ yang membawa maksud ‘Sparkling’ dalam Bahasa Jerman. Maka beliau merasakan bahawa nama Spritzer ni akan memberi gambaran segaran, elegan dan dapat membawa imej antarabangsa. Haa.. bijak kan? dari sini lah bermulanya Air mineral Spritzer ni terhasil dan terkenal sehingga kini.

9. San Francisco Coffee

San Francisco merupakan sebuah nama tempat di Amerika Syarikat, so mesti korang rasa SF Coffee ni berasal dari sana kan? ha sebenarnya.. San Francisco Coffee atau mudah dikenali sebagai SF Coffee ni merupakan produk yang diasaskan pada tahun 1997 oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang berkelana ke bumi Malaysia. Kini SF Coffee mempunyai 53 cawangan di seluruh Malaysia yang dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn Bhd di bawah pengelolaan Datuk Abdul Rahim Zin.

10. Dutch Lady

Serious lah Dutch Lady ni antara produk Malaysia? wow menarik ni! kalau korang nak tahu, Dutch Lady membawa maksud Wanita Belanda dalam Bahasa Melayu. Dutch Lady ini bermula sebagai Pacific Milk (Malaya) Sdn Bhd pada 28 May 1963 dengan tujuan operasi untuk menghasilkan susu pekat manis di Petaling Jaya. Walaupun syarikat ini dimiliki oleh syarikat Belanda, namun Dutch Lady memulakan operasi penghasilannya yang pertama di Selangor, Malaysia. Kemudian syarikat ini menukar namanya kepada Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Sdn Bhd pada 24 September 1975, dan kembali menukar namanya lagi kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad.

Sebenarnya ada lagi produk tempatan lain yang terkenal di peringkat International. Apa-apa pun MKR tetap bangga dengan ke semua produk tempatan ni. Syabas!

COMMENTS