Port Shopping Baju Raya Wajib Pergi!

CHECKLIST- Kuih raya dah, perabot baru dah, GF BF baru pun dah. Yang belumnya baju raya, kasut raya, songkok kopiah, tudung guys! OMG, takda baju raya baru mana nak lengkap raya geng! Semua kenalah bau kedai! Tapi ketandusan idea nak shopping kat mana? Mehlah MKR listkan lubuk shopping raya ..

1. Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Keyyel

Sebut je Jalan TAR, semua dah kenal. Boleh dikatakan serba lengkap kat sini, head to toe! 1001 gerai yang menjual pakaian dari semua peringkat usia, barang keperluan rumah pun ada geng, makanan pun ada- LENGKAP tapi patahlah kaki jalan kat sini. Tempat wajib pergi ni!

2. Kompleks PKNS, Shah Aleyy

Rambang mata ya kalau kedai banyak-banyak macam ni. Mana tidaknya segala kelengkapan raya dijual di bawah satu bumbung. Takdalah panas sangat nak nyopping tu kan?

3. Bangi Sentral Sek 9, Bandar Baru Bangi

Himpunan fesyen-fesyen terkini dari jenama popular yang selalunya dijual online seperti Zawara, Bellla Amara, Jubahsouq, Calaqisya, Sugarscarf, SofeaRose dan banyak lagi butik retis dan influencer di sini. Konsepnya dari butik ke butik sebelah. Yang penting standby duit okay?

4. Kenanga Wholesale City (KWC), Pudu KL

Sesiapa yang plan nak baju sedondon boria dengan family and nak beli dalam jumlah yang banyak, jemputlah datang ke KWC. Kalau beli borong/banyak harga boleh murah lagi dan jangan risau terdapat pelbagai pilihan sampai tak tahu nak pilih mana. Mana yang nak meniaga online pun bolehlah dapatkan stok kat sini jugak, kosmetik pun ada tau!

5. Jakel Mall, KL

Antara lokasi tumpuan bila nak beli baju raya. Jangan terkejut kalau tengok crowd macam sardin kalau ke sini. Nak kata harga mampu milik tu takdalah sangat tapi for sure Jakel menjanjikan mutu dan kualiti pada material kain. Sebab lain kenapa orang suka shopping sini opkos adanya artis kesayangan koranglah! Jakel selalu berkolaborasi dengan selebriti terkenal macam Aaron Aziz, Awal Ashaari, Nabil Ahmad dan ramai lagi! Fefeeling nak pakai baju sama macam artis pujaan? Belilah kat Jakel!

Selamat bershopping guys! Jangan membazir, ini semua nafsuuuuu 😀