“Rahsia Pemimpin Psiko Mandi Darah Perempuan”

Ingatkan after Hitler dah takda, dunia aman sikit. Rupanya, wujud beberapa Pcychopath yang sangat suka dengan darah dan penyeksaan terbuka.

Seorang manusia yang tiada sayap tapi meal favourite mereka ialah darah!

Menurut penulis buku, Bram Stoker ; “Adakah Dracula hanya wujud di dalam cerita dongeng atau mitos sahaja?”

Vlad III, Prince of Wallachia lahir pada tahun 1431 di Transylvania, rantau moden romania. Tempat kelahirannya menjadi kawasan pertempuran darah diantara kristian eropah dan muslim zaman Uthmaniyah.

Vlad III memerintah tapi kedudukannya tercabar. Vlad jemput ratusan manusia untuk hadiri jamuan dan dia membunuh tetamu tersebut dengan memutuskan badan mereka.

Membuat penyiksaan kaedah Impaler iaitu dengan menggunakan tiang kayu atau tiang logam. Barang tersebut dimasukkan ke dalam badan sama ada di hadapan atau belakang, atau secara vertikal iaitu melalui rektum atau vagina.

Dia juga telah membunuh seramai 23,884 orang Turki, dengan membakar rumah dan memotong kepala mereka.

Nak jadi lagi sedap. Vlad III mencelup roti dengan darah mangsa atau korban dia. Tambah lagi, darah gadis sunti diminum dan dijadikan air untuk mandi yang boleh buat dia jadi muda.

Kejap! Ada lagi psychopath dracula yang MKR nak share. Tapi kalini, perempuan tau. Siapa dia? Elizabeth Bathory.

Pemimpin yang lahir pada tahun 1560 menjadi bangsawan Hungaria dan salah satu keluarga Protestan terkaya di Eropah. Terkenal dengan sikap marah dan dikatakan ada masalah mental.

Elizabeth terpengaruh dengan Satanisme iaitu seksual yang menyeksaan. Para gadis muda yang jadi pelayannya diseksa dengan diikat, ditelanjangi lalu dicambuk menggunakan berbagai alat untuk menyakitkan bahagian-bahagian tubuh tertentu.

Jejak umur 40 tahun, Elizebath sedar mukanya mula berkerut dan menunjukkan tanda penuaan. Tepat ketika itu seorang pelayan perempuan telah membuat dia marah lalu ditampar muka pelayan tersebut sehingga keluar darah.

Saat itu Elizabeth ‘menduga dan percaya’ darah gadis muda memancarkan cahaya kemudaan mereka. Serta merta gadis itu dibogel dan dipotong nadinya sampai mati.

Inilah dua tokoh yang menggilai darah dan mengamalkan kekejaman.