Gabung Kemaluan dan Jantung ?

Melahirkan kembar mungkin boleh jadi berita gembira mungkin tidak!

Mereka tidak minta untuk jadi seperti itu tapi masih gembira mempunyai pasangan sebadan. Mereka digelar sebagai kembar siam.

Bagaimana tubuh mereka boleh bersatu ni ? Akibat daripada zigot daripada bayi kembar seiras gagal dipisahkan. Sebenarnya kembar siam boleh dipisahkan jika mereka tidak gabung jantung, buah pinggang, paru-paru atau otak.

Ini dia senarai wanita-wanita yang telah menarik minat dunia untuk mengetahui tentang mereka.

  1. Yuliana & Yuliani

Dua kembar ni dah berjaya harumkan kedoktoran Indonesia selepas kepala mereka berjaya dipisahkan. Bayi istimewa ini lahir pada tahun 1998 di Tanjung pinang, Riau Indonesia. Bayi kembar gabung kepala dipanggil sebagai Craniopagus.

Seorang doktor saraf Prof. dr. Padmasantjojo dari Hospital Pusat Cipto Mangunkusomo, Jakarta memisahkan kepala mereka pada usia 2 bulan. Kini Yuliana menjadi mahasiswa dalam bidang kedoktoran dan yuliani telah menjadi seorang doktor.

2. Abby & Brittany

Viral ! Viral ! bila kembar ini memandu kereta sejurus selepas dapat lesen memandu. Abby Loraine Hensel(kiri), Brittany Lee Hensel(kanan) kembar yang tidak dapat dipisahkan kerana berkongsi dua perut, jantung dan kaki. Kembar ini dipanggil Dicephalic Parapagus.

Walaupun badan mereka ni berbeza dari manusia lain, rupanya mereka seorang guru. Pada 2012, mereka lulus dari Universiti Bethel di Arden Hills, Minnesota.

3. Ganga & Jamuna

Dua kembar siam berkongsi cinta hati dan berkahwin. Wanita zaman sekarang mana suka berkongsi suami tapi di India, mereka gembira berkongsi buah hati.

Jasimuddin Ahmad menjalinkan cinta bersama ‘Spider Sister’ ini selama 9 tahun. Kembar ini tak boleh dipisahkan kerana berkongsi kemaluan dan pinggang. Dilahirkan pada 1970 dan bekerja di sircus.

4. Lupita & Carmen

Dijangka mati selepas 3 hari lahir. Luar biasa! masih boleh bertahan sehingga umur 19 tahun. Dilahirkan pada tahun 2000 di Veracruz, Mexico. Carmen Andrade mengendalikan kaki kanan, lupita Andrade pula mengendalikan kaki kiri.

Mereka digelar kembar Omphalopagus iaitu kembar yang mempunyai sepasang tangan dan kaki tapi berdua kepala. Pada awalnya mereka ingin memisahkan kembar ini tapi Lupita bakal menghadapi risiko kematian tinggi.

5. Ladan & Laleh

Penuh dengan cita-cita! Harapan yang tinggi! Ladan dan Laleh Bijani lahir di Iran pada 17 Januari 1974. Ladan berminat dalam pengacara dan laleh suka untuk menjadi wartawan tapi sayang salah seorang perlu berkorban kerana tidak boleh berpisah.

Mereka mempunyai cukup sifat pada badan tetapi hanya mempunyai satu otak. Mereka memilih untuk membuat pembedahan pada tahun 2003 di Hospital Raffles, Singapura. Akibat pendarahan yang kuat selepas pembedahan kembar ini mati secara bergilir-gilir.