Szondi Test: Gila tanpa sedar

Dalam tak sedar mesti ada benda yang korang tak tahu pasal diri korang. Siapa yang tengah confused pasal diri sendiri tu korang kena buat test pasal psychology ni!

Test ni nama dia Szondi Test. Szondi tu actually nama pakar psychoanalyst iaitu Leopold Szondi. Ujian ni 90% accurate dan memang mindblowing. Bawah ni gambar2 pesakit yang menghidap sakit mental tertentu. So berdasarkan ujian ni, ada 8 pesakit.

Jom, tengok korang ada tak masalah mental macam 8 pesakit ni.

1. The Saddist

Korang didominasi oleh ramai orang yang lebih berkuasa. So korang cuba untuk buang rasa buruk tentang tu dengan mendominasi orang lain. Sikap senioriti korang lebih kuatlah kira.

So bila ada yang cuba dominasi korang, korang akan bersikap passive agressive untuk tunjukkan korang tak boleh dibuli atau didominasi orang lain. Jauh dalam diri korang, korang suka lihat orang lain susah secara fizikal ataupun mental. Tapi korang cuba untuk abaikan perasaan tu bila muncul.

2. The Epileptic

Korang susah nak bagi reaksi terhadap perasaan emosi korang samada baik atau buruk. Dari kecil korang diajar yang buat sesetengah perkara tu tak baik so korang suka sorokkan emosi negatif macam kemarahan, kesedihan, kesunyian korang.

Kiranya, korang power la bab game sorok2 emosi ni. So korang balancekan sikap ni dengan bersifat lemah lembut dan friendly dengan org lain. Tapi kadang2 korang akan meletup bila bawah tekanan and orang akan terkejut sebab tak sangka korang macam tu dalam diam.

3. The Catatonic

Korang jenis yang bijak dan otak terlebih aktif. Untuk stay dalam realiti, korang prefer busykan diri, and ikut peraturan. Means kalau boss kata esok hantar kerja awal pagi, awal2 korang dah siapkan and hantar secepat mungkin.

Korang juga kurang aware tentang keperluan fizikal atau emosi diri sendiri atau orang lain dan selalu rasa lost. Hmmmmmm rumit rumit..

4. The schizophrenic

Korang kurang minat pasal orang lain. Malah korang kadang2 susah nak faham orang lain.

Kiranya korang ni nak faham diri sendiri pun susah. It affects your relationships with others laaa. So untuk handle masalah ni, korang akan suka bersosial, suka berkawan atau banyak luang masa dengan family untuk sorok rasa kesunyian and rasa terasing korang tu.

5. The Hysteric

Korang maybe sorokkan sifat korang yang more to dahagakan perhatian ataupun “attention-seeking”. Tapi, korang tahu yang showoff tu tak baik, korang tahu kena rendah diri, and korang lebih suka bersederhana most of the time dan jujur.

Tapi jauh dalam diri korang, korang suka jadi perhatian orang ramai dan suka bila orang ramai tertarik dengan korang. Walaupun korang tak selalu jadi tarikan utama, tapi bila jadi tarikan ramai tu, korang jadi diri sendiri. Korang juga tak suka ingat detail benda sekeliling tapi secara tak sedar, korang sebenarnya sangat teliti.

Even benda kecil pun korang rasa penting. Contohnya dari penampilan korang, even rambut sehelai tu alunan dia lain pun korang akan bagi perhatian, nak pilih tudung, baju, pakaian bila nak keluar tu lagilah.

So ini lah cara korang show off diri korang tu secara korang tak sedar. Tapi dalam show off diri pun, korang still cuba untuk jadi sesimple yang boleh.

6. The Deppressive

Secara luarannya korang nampak happy, masuk air je. Macam korang tak kisah dunia dah nak perang pun, tapi tu side yang korang tunjukkan je.

Side lain, actually korang lebih kepada rasa diri tak bagus, rasa tak berharga, dan rasa bersalah. So untuk distract, korang buat kerja and lebih fokus pada orang lain. Rasa rendah diri pun tergolong dalam depressive.

7. The Maniac

Maniac ni korang berfikir secara logik, macam apa yang patut dan tak patut, apa yang boleh tak boleh tu korang akan buat keputusan secara logik. Dan korang juga berfikiran matang dan seimbang.

Korang tak suka bila orang macam over. sebab korang ni lebih releks korang mudah annoyed bila someone tu terlalu berpegang teguh pada sesuatu yang dorang percaya.

Dalam diri korang, sebenarnya korang tengah sorok korang punya hyperaktif tu. Korang sebenarnya mudah hype tentang certain things but korang prefer keep it cool sebab tak nak hilang kawalan.

Actually dalam diri korang, korang gerak hati tu susah nak kawal then bertenaga pulak tu. Maybe juga sikap ni disebabkan hasil didikan parents atau orang lain supaya korang bertenang selalu jangan hyper sangat masa korang budak2.

8. Dissociative Identity Disorder

Last but not least, sakit ni maybe sebab korang melalui zaman kanak2 yang sukar. Samada dibuli, dimalukan, ataupun trauma disebabkan orang lain macam cikgu atau parents, atau adik beradik korang.

So samada sedar atau tak sedar, korang mempersoalkan kemampuan korang sebagai pasangan seksual. Then sekarang korang cuba untuk tonjolkan lagi watak gender korang. Contohnya macam yang lelaki cuba jadi lebih macho atau maskulin.

Atau yang perempuan pulak cuba untuk jadi lebih feminin. Dan kemungkinan tinggi untuk korang judge orang lain kalau tak cukup lelaki atau tak cukup kewanitaan ikut gender masing2. Kiranya korang ni jenis very macho atau very feminin lah gitu…