5 Genre Metal Yang ‘Pelik’!

Korang mesti biasa dengarkan muzik seperti heavy metal, thrash metal dan black metal. Tapi korang tahu tak ada genre metal pelik yang sebenarnya wujud ? Jom kita check it out apa ke bendanya itu. Ayuh!

Kugiran Babymetal dari Jepun

1. Kawaii Metal

Sebuah muzik heavy metal yang diadun bersama elemen J-pop. Kalau first time dengar pasti korang akan rasa pelik sebab suara dengan muzik macam jauh berbeza. So, kalau nak tahu lebih lanjut, diorang akan perform dekat Malaysia 27 Mac ni.

Kugiran Alestrom

2. Pirate Metal

Kombinasi campuran heavy metal, thrash metal dan power metal yang disadurkan dengan nyanyian ala-ala Davy Jones dalam Pirates of The Caribbean. Tak lupa juga gaya penampilan mereka pun semuanya kelihatan seperti lanun dulu dulu.

Band The Love One Machine

3. Robotic Metal

Muzik heavy metal yang semua line up diorang adalah robot dan dimainkan oleh robot juga! Lirik mereka juga lebih terarah kepada masa depan gelap yang dikuasai oleh robot. Dah macam filem terminator pun ada.

4. White Metal @ Unblack Metal

Kalau black metal memuja syaitan, white metal ataupun unblack metal pulak sebaliknya apabila Tuhan dipuji dan syaitan dikeji. Muzik white metal ni tak lari ganasnya macam black metal tapi yang bezanya adalah lirik lagu diorang je.

Band Heivisaurus dari Poland

5. Dinosaur Metal

Band heavy metal yang ditubuhkan pada 2009 ni pulak fokus kepada kanak-kanak sahaja! Sebabnya setiap kali perform diorang ni selalu pakai kostum dinosaur. Dengan muzik metal yang catchy dan mesra kanak-kanak ni tak hairanlah kanak-kanak pun minat dengan band ni.

So guys, korang jangan kekoklah kalau terdengar lagu lagu metal pelik ni nanti. Sebab banyak lagi genre yang MKR sendiri pun tak habis explore dekat luar sana. Apa pun genre muzik korang dengar, keep metal alive!