Vaksin Sold Out!

  1. Influenza wabak yang boleh meragut nyawa

Baru-baru ni viral tentang wabak influenza yang mudah dijangkiti dengan titisan salur penafasan iaitu batuk dan bersin . Virus ni datang tanpa diundang kerana persekitaran , ubat dan antibodi . Influenza ni nampak senang je nak dapat tapi risiko yang tinggi boleh menyebabkan kematian . So becaful okay!

2. Simptom Virus Influenza

Kalau anda rasa demam , selsema , batuk , badan lesu , sakit badan dan banyak lagi . Better pergi klinik atau hospital untuk check up sebab tu simptom influenza . Baik kita pergi awal supaya tak teruk walaupun bukan influenza sebab antibodi yang lemah mudah dijangkiti . So jangan ambil mudah tau.

3 . Golongan yang mudah dapat virus ni!

Golongan yang berisiko tinggi dijangkiti virus ni ialah kanak -kanak bawah 5 tahun , wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lain serta mereka yang memiliki daya tahan yang rendah. Tak pelik pun yang sihat pun kena juga sebab senang dijangkiti .

4 . Baik cegah dari berubat

Pihak KKM beri nasihat kepada masyarakat supaya cegah dari awal dengan selalu memakai mask jika terdedah di tempat ramai orang elak dari dijangkiti atau menyebarkan virus . Selalu minum air suam banyak- banyak , yang penting kena selalu basuh tangan lepas bersin atau batuk .

5. Negeri yang mendapat kes influenza paling tinggi!

Macam kita tahu sekarang di Pulau Pinang mendapat kes pelajar sekolah yang dijangkiti wabak ini yang paling tinggi sebanyak  178 orang di 87 sekolah rendah dan menengah, berbanding 161 orang di 77 sekolah . Pesakit yang dijangkiti ni menerima rawatan di hospital dan dikuarantin di rumah masing-masing.