Animal Farm: Babi Lebih Bijak dari Manusia

Kritikan melalui suatu karya sastera adalah suatu kritikan yang sangat efektif, selain senang difahami umum, pihak yang difokuskan juga tidak dapat mendakwa si pengarang. Salah satu perspektif teori sosial yang digunakan oleh George Orwell dalam novelnya Animal Farm adalah Marxism.

Menariknya buku ini kerana Orwell telah mengadaptasikan karakter sebenar ke dalam dunia Animal Farm. Watak yang menonjol dalam novel ini adalah babi kerana babi dianggap haiwan yang paling bijak bukan hanya kerana ianya pandai dalam membaca, menulis atau bercakap. Babi pandai kerana menyedari eksplotasi yang telah terjadi antara manusia dan haiwan. Babi menggangap manusia sebagai makhluk berkaki dua yang hanya tahu mengkonsum tetapi tiada dapat menghasilkan apa-apa sebaliknya menggunakan haiwan-haiwan untuk kepentingan mereka sendiri.

Old Major adalah seorang tokoh protagonis cerita. Berdasarkan teori semiotik, babi Old Major ini dilambangkan sebagai tokoh pemikir seperti tokoh Karl Marx dan Lenin. Old Major telah menyampaikan sesuatu yang mencetuskan revolusi pemberontakkan dalam kalangan haiwan sebelum kematiannya sama seperti tokoh Karl Marx dan Lenin yang mempunyai pemikiran yang mampu mencetuskan revolusi.

Napoleon pula adalah watak antagonis cerita ini merupakan seekor babi Bershkire yang berpenampilan agak garang, tidak banyak bercakap, tetapi dikenal kerana degil sering menuruti kemahuannya sendiri. Napoleon menindas binatang-binatang yang lain demi dirinya sendiri dan merebut semua kekuasaan di Peternakan Binatang. Berdasarkan teori seomatik Napoleon digambarkan sebagai tokoh yang mewakili Joseph Stalin.

Snowball  juga merupakan tokoh protagonis dalam cerita ini. Ia pandai, suka menemukan hal baru dan lebih pandai bercakap. Ia juga lebih bersemangat dibanding Napoleon. Namun ia kalah dalam perebutan kekuasaan di Peternakan Binatang dan dianggap tidak memiliki sifat kepimpinan . Watak Snowball telah mencerminkan tokoh Lev Trotsky. Seperti Trotsky, watak Snowball adalah penceramah muda pintar yang mempunyai impian untuk membuat kehidupan yang lebih baik untuk semua haiwan. Salah seorang pemimpin awal daripada “Revolusi Oktober” iaitu Trotsky telah dibuang dari Kesatuan Soviet.

Dalam dunia Animal Farm, terdapat banyak lagi karakter lain yang melambangkan suatu perwakilan yang menarik. Karakter ciptaan Orwell telah membuatkan novel ini memenangi dua nugerah iaitu Prometheus Hall of Fame Award dan Retro Hugo Award for Best Novella.

COMMENTS