Sekarang ni ramai betul yang nak muka lawa, flawless macam Instafamous, tu yang sampai boleh insecure. Sebenarnya, senang je nak muka yang cantik ni kita wajib mengamalkan diet yang baik dan mempratikkan penjagaan kulit yang konsisten. Antaranya ialah
Kurangkan kadar pengambilan bahan tenusu macam keju, susu dan makanan yang bergoreng
Kajian mendapati sebenarnya susu ni punca menyebabkan pertumbuhan jerawat kerana lembu yang menghasilkan susu di rawat bersama hormon buatan yang mana memberi kesan terhadap susu yang dihasilkan. Makanan yang banyak kandungan minyak, pun tidak bagus untuk Terutama sekali bagi kaum wanita. Makanan yang berproses dengan minyak yang tidak sihat juga boleh menyebabkan kadar kolesterol dalam darah boleh mengundang penyakit berbahaya yang lain.
Jangan tidur tanpa membersihkan muka yang masih ada alat solek dan berminyak
Bahaya sebenarnya kalau kita tak bersihkan alat solek kerana foundation yang dibiarkan sepanjang malam akan bercampur dengan sel-sel kulit mati, kotoran, debu dan minyak sehingga menyebabkan pori-pori kulit kita boleh tersumbat. Bila selalu tak bersihkan muka akan menyebabkan muka tumbuh jerawat. Jadi kena buang sikap malas tu sebelum terlambat.
Lakukan senaman secara konsisten setiap hari selama 10-15 minit untuk mengeluarkan toksin yang berada dalam badan
Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga ke lima kali seminggu. Anda boleh lakukan senaman seperti joging atau berenang serta senaman lain mengikut kesesuaian. Ingat sihat dan cantik itu seiring!
Amalkan krim perlindungan matahari untuk mengelakkan kedutan dan bintik hitam
Kenapa kita wajib untuk memakai krim perlindungan sebab taknak kulit kita sunburn dan gelap. Selain itu juga, tak nak kulit kita kedut, nampak tua, tak nak jeragat. Hal Ini punca yang sangat penting untuk diambil berat iaitu untuk mengelakkan kanser kulit
Minum air yang banyak. Itu merupakan bahan kunci utama untuk menghidratkan badan
Pengambilan air kosong yang mencukupi boleh mengelakkan kulit kita menjadi kering dan dehidrasi. Kulit juga akan menjadi lebih anjal serta mengurangkan masalah kedutan sebelum waktunya. Pengambilan air putih yang konsisten akan menjadikan kulit nampak lebih muda dan lebih kesan elastik pada kulit.
Tukar sarung bantal seminggu sekali
Ini anda semua perlu tahu,bantal sebenarnya ada sisa sel kulit, air liur, kelimumur dan pelbagai jenis bakteria. Sel kulit ni merupakan punca utamanya ada hama dan kutu kecil.
Membersihkan telefon bimbit anda, kerana tanpa sedar, telefon bimbit memiliki banyak kuman yang boleh menyebabkan muka berjerawat
Akhir sekali , Skrin telefon bimbit ini merupakan bahagian yang mempunyai paling banyak bakteria. Apabila anda menggunakan telefon, bakteria tersebut akan menyebabkan di wajah ada jerawat.