BAHAYANYA KEKURANGAN TIDUR

Mesti korang semua pernah kena marah dengan parents yang suruh tidur awal,  tetapi sebenarnya tidur secukupnya sangatlah penting. Jom tengok bahayanya kekurangan tidur.

1.Mengurangkan penumbuhan dan pemulihan tisu

Sistem imunisasi kita bergantung kepada tidur yang cukup untuk tolong dalam recovery process, alah macam battery fon, lepas pakai kena charge balik kan?

2.Hilang konsentrasi dan juga akan mudah lupa.

Bila tidur, proses penyatuan memori akan berlaku iaitu ia akan memperkuat dan menambah baik dengan beralih ke kawasan otak yang lebih efisien. Kurang tidur boleh uat kita tak fokus dan tak boleh selesaikan masalah2 mudah.

3. Obesiti.

Kekurangan tidur boleh menyebabkan obesiti. Kurang tidur boleh menganggu keseimbangan hormon  dalam badan,hormon ni boleh kawal atau menambah selera makan yang menyebabkan pengambilan kalori berlebihan  menyebabkan obesity.

4. Rasa letih dan lesu yang berlebihan

Bila tak tidur,badan tak boleh generate atau pun cycle semula dan memulihkan semua tenaga yang kita pakai pada hari sebelumnya, So kita akan berasa letih dan lesu cepat, dan perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan stamina kita lagi lagi orang muda yang memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

So tidurlah secukupnya untuk badan yang balanced dan sihat.

COMMENTS