TIPS DAPATKAN RM10 RIBU BAGI ANAK MUDA

Bila cakap RM10 ribu mesti semua akan macam fikir besar nya nilai tu dan siapa je yang tak nak kan? Jadi kalau nak dapatkan duit yang banyak, pengorbanan juga perlu besar dan konsisten. Mustahil kita untuk mendapatkan wang yang banyak jika ada sikap malas, jadi saya kongsikan serba sedikit tips yang berguna untuk menabung.

  1. Harus mempunyai niat yang betul, fokus dan konsisten untuk simpan duit.

Setiap perkara yang dilakukan perlu dibuat sehingga akhir dan capai target yang kita inginkan, jangan hanya mengikut orang dan berdasarkan trending sahaja, jadi sentiasa berbalik pada niat apa yang kita inginkan. 

  1. Mula rancang untuk menabung dengan nilai yang boleh mencapai rm10 ribu dalam tangan selama setahun. Nilai yang ditarget adalah rm28 sehari 

Setiap orang mempunyai target untuk menabung seperti membeli keperluan dan kehendak sendiri. Seseorang individu perlulah mengira dan mengetahui dulu target supaya pengiraan yang dibuat betul dan mencapai wang ditargetkan. 

  1. Beli tabung yang besar dan cantik, boleh juga letak gambar yang motivasi kan kita untuk melakukan menabung ni

Sekarang banyak tabung yang kita boleh beli dengan harga yang murah dan boleh juga buat tabung dengan hanya cara d.i.y je, Selain itu juga,korang boleh letak gambar yang bagi korang motivasi macam nak beli kereta idaman ke, rumah ke, atau nak pergi luar negara.

  1. Kalau terguna duit yang kita rancang nak menabung tu, gantikan dengan nilai yang lebih tinggi 

Kadang-kadang mesti kita terguna duit yang kita rancang untuk menabung sebab terdesak kan? Kita kena lah ingat balik motif kita so kita wajib ganti semula duit yang kita guna tu dengan nilai dua kali ganda atau lebih.

  1. Sentiasa istiqamah dalam menabung 

Sekiranya kita mempunyai masalah kewangan pada bulan itu, tetapi niat kita jangan lari , sentiasa istiqamah dalam menabung walaupun dengan nilai yang berlainan, mungkin secara tidak sedar ia akan menyebabkan kita menjadikan menabung sebagai rutin harian dan sentiasa berterusan. Sekurang-kurangnya takde la kita mematahkan semangat pada motivasi yang kita idamkan pada awalnya.