Stamina dan saiz merupakan lambang ‘lelaki sejati’. Ramai lelaki yang mahu menunjukkan ‘persembahan’ yang rancak. Dengan amalkan perkara dibawah, kita mampu memuaskan pasangan.
Jadikan bawang putih mentah sebagai makanan tambahan dalam menu harian anda kerana bawang putih dapat menstabilkan dan meningkatkan aliran darah ke organ-organ penting terutamanya penis.
Dengan aliran darah yang cukup, ‘adik’ dapat berfungsi dengan baik dan libido atau dengan kata lain keinginan untuk melakukan hubungan intim akan meningkat.
Kajian pada tahun 2007 oleh Universiti Alabama (Birmingham) menunjukkan, bawang putih hasilkan suatu kompoun hidrogen sulfida yang bertindak balas dengan sel-sel darah merah. Tindak balas antara hidrogen sulfida dan sel-sel darah merah ini menyebabkan pembuluh darah menjadi relaks.
Bila badan relaks, aliran darah akan sampai cantik kepada ‘adik’ anda dalam masa yang sama mengurangkan tekanan darah tinggi.
Jagalah kesihatan prostat dengan mencegah kanser prostat, mengecilkan saiz prostat dan melawaskan kencing dengan makan bawang putih mentah setiap hari.
Jika selepas ini pasangan anda merayu lepaskan mereka, anda ingatlah tips dari MyKampus Radio ini.
goodluck ^_^