Suicide: Penyelesai Masalah Depression.

Statistik menunjukkan daripada 32.4 juta  rakyat Malaysia, kira-kira 40 peratus  daripadanya dikhuatiri mengalami masalah kesihatan mental.

Tinjauan Kementerian Kesihatan pada 2017 mendapati seramai 18,336 orang menderita tekanan perasaan berdasarkan imbasan kesihatan yang dilakukan ke atas 273,203 individu. Daripada jumlah itu, seramai 11,811 orang menderita tekanan perasaan ringan,  3,680 sederhana dan 1,682 tekanan perasaan teruk.

Melalui temubual yang kami adakan di talian telefon, kami mendapati ramai remaja yang bersetuju bahawa sukar untuk kita melihat depresi seseorang secara mata kasar. Ada juga mengatakan bahawa orang yang sudah lama kita kenali sekalipun kita tidak dapat mengidentifikasikan keinginan mereka untuk membunuh diri. Kita cuma dapat mengetahui keinginan mereka hanya bila mereka sendiri mengakui berniat untuk mengakhiri hidup mereka sendiri.

Susah untuk kita mengidentifikasikan golongan depression ini apalagi untuk mengetahui punca mereka ingin menamatkan hidup mereka. Ramai yang beranggapan, golongan depression ini memilih untuk suicide kerana ianya adalah jalan yang paling mudah untuk mereka lari dari hidup atau masalah yang dihadapi.

Kebanyakkan orang tidak dapat menerima jika orang terdekat mereka memilih untuk tidak meneruskan kehidupan mereka. Impaknya ternyata besar terhadap orang terdekat mereka. Mungkin suicide ini adalah jalan yang akan membahagiakan si mati tetapi akan mengecewakan ramai pihak.