Sugar Sugar On My Cup!

Nak gemuk senang je. Minum manis banyak-banyak. Alaa tak payah acah-acah tak makan nasi sebab nak kurus. Tu boba tea sehari 3 cawan. Secawan dah berapa kalori?? Fuhhhh…gemuk senang je. Mampu je nak beli. Sanggup beratur panjang-panjang.

Tapi nak kurus punya lah payah kan? Ada je alasan. Buat sehari je, esok dah ke laut.

Mana taknya… Pagi dah teh tarik. Lunch milo ais. Minum petang nescafe. Malam kopi O pulak. Lepastu complaint apesal berat tak turun-turun. Lagi naik ada.  Aiyoo amma appa.

First step nak sihat, kurangkan minum manis. Kalau boleh, elak terus untuk 21 hari. Masak pun tak payah bubuh gula. Craving manis? Ganti dengan buah.

 

Susah? Rasa susah tu ada dalam kepala je. Never let your mind destroy you! Korang boleh. Yakin je. Buang benda negatif.

Jom. Challenge ourself untuk 21 hari. Ala kejap je. Tau-tau nanti seluar tahun lepas dah muat balik. So kita jumpa lagi 21 hari ye 🙂

 

COMMENTS