Buy Muslim Bumiputera First: Boikot atau Promosi?

Ada setuju. Ada yang tak. Jom kita tengok dulu alasan kenapa netizen SETUJU dengan #BMBF ni.

#1. Mempromosi barang buatan bumiputera dan muslim yang kurang ‘famous’.

Disebabkan lambakan produk non-bumi di pasaran, rakyat tak tahu pun produk-produk keluaran bumi ni termasuklah dari Sabah Sarawak. So dengan cara ini, boleh lah naikkan ‘market’ masyarakat pribumi dan Muslim.

#2. Jihad: Membantu menaikkan ekonomi Islam.

Boleh refer #1. Kalau ‘market’ keluaran Muslim naik, maka ramai lah Muslim yang maju, boleh berdiri atas kaki sendiri. Dan membantu Muslim yang lain plak. Kuranglah fakir miskin dan asnaf.

#3. UTAMAKAN. Bukan BOIKOT.

Credit :TV pertiwi

Boleh refer #2. Of course, sebab nak tolong ramai muslim dan bumiputera yang agak ke belakang dari sudut bisnes dan ekonomi compare dengan non-bumi. Motif #BMBF nak rakyat bumi dan Muslim sama tinggi dengan non-bumi dari sudut perniagaan. Jadi kalau ada produk keluaran #BMBF korang boleh beli, beli lah tu dulu. Kalau takde, then cari yag lain.

#4. Persaingan sihat.

Takkan ada produk yang monopoli. So masing-masing akan cuba perbaiki produk dan servis masing-masing. So takkan ada harga yang terlalu mahal dan tak masuk akal.

 

So tu lah antara reason untuk sokong #BMBF. Jom kita tengok pulak reason untuk TOLAK #BMBF.

#1. Belilah barangan buatan Malaysia, Bukan kaum.

We are all Malaysian. Bangsa apa, warna kulit apa, semua penyumbang kepada ekonomi negara. Kenapa perlu specifickan kepada sesuatu kaum atau bangsa saja?

#2. Non Muslim, Non Bumi pun bagi sumber rezeki pada Muslim dan bumiputera.

Mengikut statistik, non bumi adalah pemegang ekonomi terbesar dan pengeluar produk Halal terbesar di Malaysia. Bila bisnes maju, demand banyak, maka dorang perlukan ramai pekerja. Dan pekerja-pekerja ni merangkumi orang Islam dan Bumiputera negara kita. Kalau lah demand kurang, macam mana nak hire pekerja, bayar pekerja?

#3. Kalau Non-Bumi lancar kempen boikot produk Muslim & bumiputera…………

Errrr rugi lah macam ni. Boleh gawat ekonomi orang-orang Melayu. Dah ada kes peraih tak nak beli hasil sayur orang Melayu. Kalau ambil pun, harga murah sangat sangat dari pasaran.

 

So macam mana gais? Korang sokong ke tak #BMBF ni?

COMMENTS