Stress je… bukan gila!

Korang selalu stress ke? Ni nak kongsi 10 tanda stress pada seorang wanita, mungkin juga ada pada lelaki.

1. Tidak boleh menumpukan perhatian

Sukar untuk ingat sesuatu perkara yang sepatutnya mudah diingati. Kadang kadang kalau penat sangat pun kita lupa. Contoh macam masuk bilik nak amik barang, tapi bila dah sampai bilik kita lupa nak buat apa. Mungkin ramai yang macam tu?

2. Fikiran anda akan menjadi kosong

Keadaan macam ni akan menganggu korang untuk berfikir. Biasanya terjadi bila anda kurang tidur. Bila dah macam ni mulah lah termenung panjang. Kalau tengah marah time ni memang dah tak fikir dah apa yang keluar dari mulut. So, hati hati..

3. Perubahan mood

Biasanya akan mudah bagi kesan negatif kat orang sekeliling. Kalau tersilap gurau, setepek kena maki. Time ni pun kalau marah mulut dia macam pisau, menusuk ke kalbu! So, kalau nampak someone tu emosi dia macam tak onz, better korang angkat kaki or diamkan diri.

4. Sering bermimpi pelik

Bila kurang tidur, korang akan mudah bermimpi benda pelik. Terlampau berfikir juga boleh mempengaruh minda korang sehingga terbawak ke dalam mimpi.

5. Rambut gugur

Rambut gugur tu perkara normal. Tapi perempuan yang stress ni, biasanya mengalami rambut gugur yang tak normal sehingga melebihi 100 helai. Hmm.. silap hari bulan boleh botak kepala.

6. Mengalami jerawat yang banyak

Keadaan macam ni ikut hormon someone tu juga. Kulit kita sebenarnya sensitif terhadap peningkatan produksi androgen. Tapi ada perempuan yang bila dia stress teruk pun jerawat tak banyak.

7. Kurang berselera

Kalau korang mengalami stress terlampau lama, boleh menyebabkan hilangnya selera makan & penurun berat badan secara mendadak. Ni punca terlalu fikirkan benda lain sampai tak kesah waktu makan.

8. Kitaran haid tak menentu

Ni salah satu tanda stress yang tak baik. Sebab tu kalau isteri korang dalam perancangan untuk hamil, jangan stresskan mereka. Sebab itu boleh menganggu proses kesuburan dalam badan.

9. Ruam

Stress boleh menyebabkan serangan ke atas sistem kekebalan tubuh. Keadaan macam ni akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah & kulit menjadi lebih sensitif.

10. Mata bergerak gerak

Perkara ni biasanya terjadi beberapa minit pada sebelah mata. Kalau benda tu jadi kat korang, just tutup mata, tarik nafas sedalamnya & tenangkan minda.

COMMENTS