Macam Mee Tapi Bukan!

Korang penah makan ubat cacing? Siapa yang patut ambil ubat cacing?

First of all, semua kena tahu masalah cacing ni merupakan masalah kesihatan awam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Ada jangkitan cacing yang tiada simptom , ada yang ada simptom gatal gatal, kurang selera makan, sakit perut, cirit birit dan sebagainya.

Jangkitan cacing ini lebih ketara di kalangan budak budak kecil (pra sekolah dan sekolah) serta di kawasan pedalaman disebabkan oleh banyak faktor macam budak budak bermain dengan tanah, kebersihan yang tidak terjaga dan sebagainya.

Kajian di suatu tempat di Malaysia (pantai Timur) menunjukkan sebanyak 37% daripada sampel najis yang diambil mempunyai telur cacing.

Manakala kajian di sebuah bandar menunjukkan 7.2% daripada sampel yang diambil mempunyai telur cacing.

Saranan daripada WHO (World Health Organization) untuk deworming treatment (pengambilan ubat cacing) bagi kanak kanak., perempuan dalam umur reproduksi dan ibu mengandung yang tinggal di kawasan yang prevalens jangkitan cacing tinggi.

Kalau diri sendiri ada simptom, ataupun ada anak yang kena cacing , memang semua ahli keluarga kena dirawat. Kerana kadar reinfeksi adalah sebanyak 75% sekiranya ada ahli keluarga yang tidak dirawat.

Rawatan dan pencegahan cacing dalam badan ni dah dijalankan di semua Klinik Kesihatan. Kanak kanak yang diperiksa di Klinik Kesihatan akan mendapat ubat cacing seperti yang ditetapkan.

Jadi apa yang anda perlu buat ? Senang je. Bawa kanak kanak ke Klinik mengikut temu janji mereka.