Sketch dan Santai Hidupkan Seni Di River of Life (Bersama2050)

Sesi bergambar bersama pihak Staedtler, Feyqa Ramle (pelukis doodle dan pemenang edisi pertama program Bersama2050) dan para peserta acara Sketch & Santai 2025 anjuran Staedtler

Pada 6 September 2025, suasana di River of Life bertukar menjadi meriah apabila Staedtler menganjurkan program “Sketch & Santai 2025”. Program ini diadakan untuk para peminat seni lukis untuk berkongsi minat dan berkarya secara terbuka serta merasakan pengalaman “outdoor sketching” di tepi sungai ibu kota Kuala Lumpur.

Ameera Amelia Abdul Aziz (Penyelaras projek) menyampaikan kata-kata aluan kepada para peserta

Program ini bermula pada 10 pagi sehingga 1 tengah hari dan seramai 45 peserta dan peminat seni mendaftar untuk menyertai program ini.

Penyampaian sijil penghargaan oleh Ameera Amelia Abdul Aziz (Penyelaras projek Bersama2050) kepada Feyqa Ramle (Pelukis doodle dan pemenang edisi pertama program Bersama2050)

Apa yang menarik lagi, para peserta mendapat bimbingan daripada Feyqa Ramle yang merupakan pelukis doodle dan pemenang edisi pertama program Bersama2050. Beliau telah berkongsi teknik melakar serta inspirasi untuk para peserta. Bukan itu sahaja, para peserta yang hadir juga berpeluang untuk mencuba alat lukisan khas yang disediakan oleh Staedtler.

Hasil lukisan oleh para peserta Sketch & Santai 2025

Lukisan yang dikatakan simple bagi para pelukis kelihatan sangat menarik dan cantik. Para peserta sangat gigih untuk menghasilkan satu karya seni dalam masa satu jam. Hasil lukisan yang diinspirasikan dari River of Life itu bertukar menjadi satu imaginasi yang sukar untuk dibayangkan oleh golongan bukan peminat seni.

Para peserta melukis di sekitar River of Life

Aktiviti “Sketch & Santai 2025” ini bukan saja memperkenalkan dunia seni kepada masyarakat tetapi mengeratkan hubungan antara penggiat seni, pengunjung serta komuniti setempat. Karya seni yang dihasilkan oleh para peserta berjaya menjadikan River of Life sebagai ruang awam untuk mengekspresikan karya kreatif mereka.

Sesi bergambar bersama Staedtler , Danny Yong ( Manager Director ), Darzian Darbi ( Assistant Manager PR), Yvonne Leow ( Marketing Manager), Feyqa Ramle dan kru Mykampus Radio

Program ini dapat membuktikan bahawa seni boleh merapatkan hubungan orang ramai tanpa mengira latar belakang serta membuka ruang untuk para peminat seni untuk terus berkarya menggunakan kawasan awam sebagai sumber inspirasi mereka. Dengan sokongan dari Staedtler, komuniti seni tempatan pasti akan terus berkembang dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk terus berani berkarya.

Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk lebih banyak kolaborasi antara Mykampus Radio dan Staedtler pada masa akan datang agar karya kreatif dapat diteruskan dalam kalangan masyarakat.