Bersama2050: Suara Anak Muda Warnai River of Life

Sesi memotong riben semasa majlis perasmian.

Pameran seni Bersama2025 telah dirasmikan pada 31 Ogos 2025 bertempat di River of Life, Kuala Lumpur yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh Penyelaras Projek, Ameera Amelia Abdul Aziz bersama-sama Praba Ganesan selaku Pengurus Besar MyKampus Radio. Juga, turut hadir sama, Angela Burchardt dan Jorg Teichman dari Terramed Physio dan Rehab, yang menyokong pameran ini.

Perasmian ini turut disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tuan rumah dengan kerjasama Kedutaan Jerman, Staedtler, Koperasi Bandaraya Maju Berhad, Makan.Buzz dan KL Society. Kehadiran mereka menandakan komitmen pelbagai pihak untuk memberikan ruang kepada suara anak muda Malaysia melalui seni.

Dengan perasmian ini, Bersama2050 sekali lagi membuktikan bahawa ekspresi seni anak muda bukan sahaja relevan, tetapi juga penting untuk membentuk hala tuju Malaysia menuju tahun 2025.