River of Life Jadi Pentas Suara Anak Muda Tentang Malaysia 2050

Pelancong dan orang tempatan terpaku melihat Pameran Bersama2050, di River of Life.

The River of life, tempat biasa orang lepak di tengah bandar Kuala Lumpur, dekat dengan Masjid Jamek. Bermula 29 Ogos sampai 17 September, tempat ini menjadi lokasi untuk program Bersama2050, pameran seni anak muda edisi ke-4.

Event ni buka setiap hari dari pukul 11 pagi sampai 6 petang. Yang join event ni semua anak muda bawah 25 tahun yang dalam golongan keluarga B40. Mereka tunjuk bakat melalui gambar, lukisan dan juga video. Semua tu adalah hasil imaginasi anak muda bagaimana Malaysia pada 2050 nanti.

Bayangkan, Malaysia dalam 25 tahun akan datang nanti? Mereka ni lah generasi yang akan lead negara. So, sebenarnya karya seni ni jadi macam cerminan harapan dan impian mereka.

Apa yang lagi best, pameran ni bukan dalam galeri eksklusif dan berbayar tau. Pameran ni semua orang boleh datang dan FREE! Pameran ni dapat sokongan dari Kedutaan Jerman, Staedtler, Terramed Physio, Rehab, Makan.Buzz dan KL Society.

Staedtler pun ada buat bengkel doodle 6 September nanti dengan Feyqa Ramle yang merupakan pemenang pertama anugerah seni Bersama2050 pada tahun 2021. Pada 16 September, sempena Hari Malaysia, semua artis muda akan turun padang sendiri untuk berjumpa dengan pelawat yang hadir dan share kan mesej yang diceritakan dalam karya mereka.

Lepas habis event dekat River of Life, karya-karya ni akan tour ke universiti bulan November dan Disember nanti. Supaya student lain pun boleh tengok, bincang dan dapatkan inspirasi.

Pelawat yang datang melihat karya yang dipamerkan

Senang cerita, Bersama2050 ni bukan sekadar pameran seni tapi menjadi dialog yang bergerak untuk menyuarakan suara anak muda tentang masa depan Malaysia.

Tempoh 25 tahun ni bukan lama pun. Dalam tempoh tu, semua artis ni boleh jadi pendidik dan pemimin. Apa yang mereka lukis hari ni mungkin boleh jadi blueprint negara akan datang.

Jadi, kalau korang free pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia, jom jalan-jalan dekat River of Life, singgah dan tengok sendiri macam mana generasi kita bayangkan Malaysia 2050.