Pameran Karya Seni Anak Muda Di Tengah Bandar Kuala Lumpur, Tutup Tirai Dengan Meriah(Bersama2050)

Sesi bergambar bersama para pemenang bagi program Bersama2050 (dari kiri: Abdul Aziz Hashim ( Pemenang tempat pertama kategori Videografi), Muhammad Faez Iskandar ( Pemenang saguhati kategori Fotografi), Haziq Ikhwan (Pemenang saguhati kategori lukisan), Megat Muhammad Ihsan (Pemenang tempat kedua kategori Videografi), Ameera Amelia (penyelaras projek), Alya Alisyha (Pemenang saguhati kategori lukisan, Michael Linde ( Technical adviser docusphere) dan Praba Ganesan (General manager MyKampus Radio).

Pada 16 September, Program Bersama2050 Edisi Ke-4 sudah melabuhkan tirai setelah dijayakan selama 21 hari di River of Life, Kuala Lumpur.

Para peserta, ahli keluarga dan alumni yang hadir.

Acara penutup Bersama2050 ini dimulakan dengan ucapan dari Praba Ganesan selaku General Manager MyKampus Radio dan diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi para pemenang. Para pemenang disambut dengan tepukan yang gemuruh dan ia menunjukkan betapa pentingnya Bersama2050 memberi ruang kepada kreativiti anak muda untuk dihargai.

Praba Ganesan (General Manager MyKampus Radio) memberikan ucapan.

Dari awal lagi, program ini berjaya menarik perhatian ramai termasuk pelajar, keluarga dan perlancong untuk datang melihat pameran seni yang dipamerkan dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang.

Kru Mykampus Radio dan para peserta bergambar bersama dengan hasil lukisan dari Haziq Ikhwan (Pemenang saguhati kategori lukisan).

Selain menghayati karya seni yang dipamerkan, para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai jenis hidangkan yang disediakan oleh Makan.Buzz.

Para pengunjung menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Makan.Buzz.

Bukan itu sahaja, turut hadir alumni-alumni MyKampus Radio untuk menyokong program Bersama2050. Kehadiran para alumni memeriahkan lagi suasana dan merapatkan lagi hubungan antara kru baharu dengan para alumni.

Gambar bersama Makan.Buzz semperna menyambut ulang tahun kelimanya.

Majlis penutup kali ini sangat istimewa kerana Makan.Buzz menyambut ulang tahun kelimanya sejak pembukaan kedai. Sambutan yang ringkas ini sangat bermakna dan menambahkan lagi keceriaan dalam majlis penutup ini.

Kru MyKampus Radio bergambar bersama Amok Malaysia

Program Bersama2050 ini bukan sekadar pameran seni biasa tetapi menjadi ruang untuk anak muda berkongsi pendapat mereka tentang masa depan Malaysia menjelang 2050.

Pameran ini tidak akan terhenti di sini, kami akan membawa karya seni ini ke universiti-universiti seluruh Malaysia semperna roadshow MyKampus radio.