Sistem Pendidikan Di Malaysia & Hogwarts Sama.

Bagi sesiapa yang layan cerita Harry Potter korang mesti tahu tempat belajar atau sekolah Harry dengan kawan-kawan dia, iaitu Hogwarts.

Tapi betul ke sistem pendidikan kat situ sama dengan Malaysia? Jom kita tengok sikit macam mana study plan kat Hogwarts. Apa subjek-subjek yang diorang ambil sepanjang 7 tahun belajar? Ke diorang pun guna online class?

1. FIRST YEAR

Core subjects di Hogwarts ada 7 iaitu :

  • Transfiguration
  • Charms
  • Potions
  • History of Magic
  • Defence Against the Dark Arts
  • Astronomy
  • Herbology

Selain tu, first year ni diorang kena ambil Flying Lesson (naik penyapu).

2. SECOND YEAR

Basically sama je dengan first year, kena ambil that 7 core subjects. Flying class dah tak wajib. Tapi boleh je nak ambil untuk improve skill & nak try masuk quidditch.

3. THIRD YEAR

Start tahun ketiga ni, students Hogwarts kena tambah minimum 2 subjek elektif. Boleh pilih daripada pilihan berikut :

  • Arithmancy
  • Muggle Studies
  • Divination
  • Study of Ancient Runes
  • Care of Magical Creatures

Fun Facts : Hermione doing Hermione thing. Dia ambil semua elektif menjadikan subjek dia ada 12. But then dia drop Muggle Studies & Divination. Hermione guna Time Turner untuk datang kelas-kelas yang clash. Harry & Ron ambil 2 elektif, Divination & Care of Magical Creatures.

4. FOURTH YEAR

Still sama je dengan third year, which is minimum 9 subjects (7 core + 2 elective). Subjek elektif boleh je nak drop kalau agak-agak takleh bawak.

5. FIFTH YEAR

Berdasarkan subjek-subjek yang diorang ambil sebelum ni, pada tahun kelima ni mereka ada exam O.W.L (Ordinary Wizarding Levels), which is macam PT3 or PMR la.

Result O.W.L ni penting untuk decide halatuju diorang masa N.E.W.T level (Tahun 6 & 7).

6. SIXTH YEAR

Tak macam tahun-tahun sebelum ni, masa tahun 6 ni students boleh sign up apa-apa subjek yang diorang nak, as long as they meet the requirements. Subjek-subjek masa tahun 6 & 7 ni penting untuk decide diorang nak jadi apa lepas grad. Nak jadi Auror ke Alchemist ke dll.

7. SEVENTH YEAR

Budak-budak final year Hogwarts ni akan menduduki exam N.E.W.T (Nastily Exhausting Wizarding Test), macam SPM la kot. And subjek yang diambil masa tahun 6 akan dibawa ke tahun 7, tak boleh tukar or drop. Habis semua 7 tahun bolehlah convo (patut buat scene ni dalam movie).

Fun Facts : Harry, Ron & Hermione tak ambil tahun 7 (study leave) sebab busy cari horcrux. Time tu Hogwarts dikawal oleh Death Eater, and certain subjek diubah (eg: kena belajar Dark Arts instead of Defence Against the Dark Arts).

Lepas Deathly Hallows, Hermione extend 1 tahun untuk habiskan belajar. Meanwhile, Harry & Ron tak sambung. But still Harry jadi Auror kot walau tak grad haha. Maybe resume dia power sangat, “defeating Dark Lord since an infant“.

8. Extra Curricular

Selain study plan asas, students Hogwarts boleh ambil subjek-subjek tambahan yang lain macam Muggle Arts, Music, Ghoul Studies, dll.

Okay tu je. Agak-agak korang subject apa paling best kat Hogwarts?

COMMENTS