Gaji Kena Potong Masa PKP?? Aaaa..Tidak!!!!

Dilema isu orang yang makan gaji masa PKP ni. Ye lah, kalau gaji yang ada basic tu no problem la sebab still dapat gaji even tak boleh bekerja sekalipun. Kalau yang gaji hari ni? Tak ke rasa terbeban sebab memang tak dapat gaji. Duit rumah sewa persendirian lagi nak bayar, loan kereta lagi kalau pinjam daripada bank. Belanja makan lagi. Pening kepala.

Ada sesetengah majikan ni admin rasa diorang cuba menangguk di air yang keruh dengan membuat keputusan untuk memotong gaji pekerja mereka tanpa notis! Sebenarnya perkara ini salah mengikut akta undang-undang buruh.

Sekiranya pekerja tersebut mempunyai gaji di bawah RM2000, majikan tidak boleh memotong gaji pekerjanya walaupun pekerja tidak boleh bekerja. Dan sekiranya gaji seseorang pekerja tersebut melebihi RM2000, boleh majikan potong gaji dorang ni. Tetapi dengan syarat dalam kontrak perjanjian pekerjaan diorang mesti ada sejumlah peruntukan yang membolehkan gaji pekerja ini dipotong. Potong gaji pun bukan boleh main potong je tau, kena confront dengan pekerja dulu haa.

So admin dah jelaskan kat sini, kalau kata korang jadi mangsa tiada gaji masa PKP ini, tolong la buat laporan okay! Yang mana jobless masa PKP ni pun admin harap habis je PKP korang boleh dapat kerja la. Aminn