Si Genius Bercinta Dengan Mayat?!

Anatoly Yuryevich Moskvin adalah seorang sejarawan & cerdik pandai dari Russia yang boleh bertutur 13 bahasa. Namun di sebalik kecerdikannya, dia ada satu rahsia hitam.

Dia ditangkap pada tahun 2011 sebab memumiakan mayat 26 orang perempuan dari umur 3-15 tahun di apartment dia.

Dalam satu artikel pada tahun 2011, dia mendedahkan bahawa minatnya kepada ilmu kematian ini datangnya daripada kisah silam dia yang tragis.

Rupanya, time dia masih muda, dia pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki berpakaian hitam telah menangkap dia & memaksa dia baring dalam keranda mayat kanak-kanak.

Dalam keadaan takut, Moskvin dipaksa mencium mayat gadis tersebut berkali-kali sebelum ibu gadis tersebut bernama Natasha kahwinkan dia dengan mayat tu. Insiden ni jadi punca Moskvin minat kepada pusara atau mayat yang tidak bernyawa.

Time 45 tahun, Moskvin tinggal di apartment kecil dan mempunyai hobi yang pelik iaitu suka mengumpul anak patung bersaiz besar terutamanya anak patung perempuan. Ibu bapa Moksvin sedar kejadian ni tapi diorang anggap itu cumalah tabiat pelik Moskvin.

Sekitar tahun 2009, beberapa kawasan perkuburan di bandar Nizhny Novgorod, pihak polis mendapati ada kubur yang dikorek semula tanpa sebab. Tapi diorang tak syak apa-apa, just anggap itu dilakukan oleh kumpulan extremis agama.

Setelah didapati bersalah dia kemudiannya ditahan. Moskvin didakwa di bawah Artikel 244 Kanun Keseksaan atas kesalahan itu.

Tapi hasil diagnosis perubatan, pihak juri mendapati Anatoly Moskvin mempunyai penyakit paranoid skizophrenia dan dakwaan terhadap beliau digugurkan.