EKONOMI GIG: Cara Cepat Jadi Kaya

Pernah dengar tak Gig Economy? Kalau korang nak tau, Gig economy ni lebih kepada pekerjaan khusus dalam jangka masa pendek, dia lebih menggunakan kemahiran yang korang ada dan pekerjaan berdasarkan projek. Senang kata macam freelance.

Kalau korang nak tau jadi Freelancer untung sebab :

1. Masa lebih fleksibel (tak perlu kerja 6-9 jam)

2. Peluang pendapatan lagi tinggi

3. Di mana-mana (tak perlu kerja dalam pejabat)

4. Ada kemahiran lebih (kelebihan)

Tapi masih ada risiko! Walaupun pendapatan lebih tinggi (based on project/task) ada risiko bagi yang kerja seperti Food Panda, Bungkusit dsb atas faktor insuran kemungkinan tidak dibekalkan. Jadi kena ada simpanan untuk kegunaan kecemasan dan pendapatan yang dapat perlu diurus dengan baik.

Grab/Uber salah satu pekerjaan bawah Gig Economy. Kalau dulu kenapa orang nak jadi pemandu Grab/Uber? Masa yang fleksibel dan pendapatan tinggi.

Apa yang dapat bantu korang untuk kekal dalam Gig Economy?

1. Tambah lebih kemahiran (banyak course online yang percuma)

2. Networking (manfaatkan media sosial)

3. Digital advancement

Unfortunately ramai orang muda lebih minat dengan gig economy atas faktor pendapatan atau target amaun jangka masa pendek. Selain masa kerja fleksibe, gig economy tak termaktub atau kerikat dengan Akta Pekerja 1955.

Untuk selit berkenaan kewangan:

1. Pendapatan yang diterima perlu diurus dengan baik

2. Perlu ada simpanan kecemasan (ni penting sebab pendapatan tak tetap, jadi perlu ada!)

3. Buat caruman dalam KWSP (boleh baca berkenaan i-Saraan) atau PRS

4. Dokumentasi profil kewangan

COMMENTS