Rakyat Malaysia Kaki Sembang

Tak tau lah kehidupan kat luar negara macam mana, tapi typical Malaysians selalu cakap otw hakikatnya dia baru otw nak buka mata. Punya lah sembang lebat!

Selain “otw” ada banyak lagi rakyat Malaysia ni suka sembang. Antaranya, korang malas nak hadap traffic jam tapi korang sendiri bangun lambat.

Tak kesahlah korang ni terlajak tidur atau ada hal lain kat rumah, yang penting kalau korang lambat seminit pun dah boleh affect masa korang atas jalan raya.

Benda ni macam kelakar, tapi ini lah hakikat rakyat Malaysia terutama budak2 muda.

Korang boleh sembang kedai makan tepi jalan yang jual nasi campur tu mahal dan tak berkhasiat. TAPI korang lupa Starbuck yang korang beli setiap hari tu lagi mahal pastu manis. Boleh potong kaki tau!

Then, sembang nak tandas bersih wangi tapi korang penah masuk public toilet? Mestilah penah kan? Kalau dapat masuk tandas yang keadaannya baik kira bertuahlah. Tapi…

Kalau nasib korang tak baik time tu dapat lah masuk tandas yang busuk dan tak selasa. Perkara ni selalu juga korang komplen kan? Tandas tak bersih dan sebagainya tapi apa tindakan korang? Korang sendiri flush tak? Jirus tak lantai lepas guna tandas tu?

Perkara macam ni kena tepuk dada tanya diri sendiri. Ya lah kita ni dah besar takkan tak ada common sense kot. Tapi memang ada tau orang yang tak ada common sense ni macam masuk simpang tak bagi signal.

Masuk universiti kemain pandai tapi bab nak guna signal tak pandai. Benda ni menyusahkan orang lain tau. Yang tak bagi signal ni dia ingat orang tahu kot niat dia nak masuk simpang or tukar line. Kalau korang marah orang lain buat macam tu, korang sendiri jangan lah buat benda yang sama.

Sama juga macam korang buat kesalahan traffic yang korang dah tahu tapi still buat. Contohnya, parking kat tepi jalan yang memang dah sah ganggu laluan orang lain.

Korang pernah buat ke? Yakin tak pernah buat? Walau pun korang parking tu kejap je still mengganggu dan menyusahkan orang lain tau. Selfish dan tak ada common sense langsung kan?

Jadilah rakyat yang berakal. Jangan asyik nak komplen, sembang macam tak pernah menyusahkan orang lain. Tapi hakikatnya korang pun penah buat mungkin tanpa korang sedar.

Satu lagi, kereta mahal2 tapi nak bayar parking pun tak mampu. Ada juga yang tak rasa bersalah bila double park. Aduhai, ini kah rakyat yang bertamadun?

Nampak kecil kan? Tapi benda ini yang typical Malaysians selalu cakap. Sembang tak nak dan tak suka orang buat macam tu. Tapi diri sendiri tak sedar. So guys jadilah rakyat yang jangan tahu sembang je okay?

COMMENTS