Awas: Tragedi Tindik Telinga!

Masa tahun 80-an dulu, ada satu urban legend dekat Jepun menceritakan pasal seorang remaja perempuan dan tali putih. Dalam urban legend tu, ada seorang gadis ni beriya nak tindik telinganya sebab masa tu tengah jadi trend anak gadis bertindik.

So, setiap hari si gadis ni merayu dekat parent dia untuk bertindik. Jadi, demi tak nak menghampakan permintaan si anak, gadis tersebut dibenarkan untuk menindik telinganya.

Dengan duit pemberian daripada orang tuanya, gadis tersebut cepat cepat pergi ke kedai aksesori untuk menindik telinganya. Namun, timbul satu akal apabila dia rasa nak buat secara d.i.y tindiknya tu.

Melalui pertolongan kawan, telinga gadis tersebut berjaya ditindik dengan sebatang jarum panas. Kini, gadis tersebut dapat menggayakan anting-anting yang cantik dan menarik di telinganya.

Namun, tidak semuanya indah bilamana pada keesokan hari telinga gadis tersebut berasa gatal. So, dalam keasyikkan mengaru-garu, terurai satu benang putih halus dari lubang tindiknya. Tanpa membuang masa dia menarik tali tersebut agar cepat putus.

Namun, tali putih halus tu tetap tidak putus. Tanpa membuang masa, si gadis tersebut mengambil gunting dan memotong tali tersebut. Tiba-tiba dunianya menjadi gelap apabila tali halus yang dipotong itu adalah SARAF MATANYA! So guys, kalau nak cantik make sure utamakan keselamatan ye. Cheers.

COMMENTS