Peszta 2025: Festival Paling Unik di Kuala Lumpur

Peszta 2025: Festival Paling Unik di Kuala Lumpur

1 November 2025, 10.00 pagi, Kampung Attap sudah mula bernyawa. Zhongshan Building, bangunan warisan dari era 1950-an yang kini menjadi hab kreatif, dipenuhi orang ramai dari pelbagai latar belakang untuk hadir ke event tahunan Peszta, festival yang berlangsung hingga tengah malam.

Peszta 2025 berlangsung di beberapa venue dalam Kampung Attap dan Zhongshan Building sebagai venue utama, bersama Pentago House dan Sam Mansion, semua dalam jarak berjalan kaki. Tapi yang buat Peszta berbeza dari festival lain di Malaysia bukanlah sekadar lokasi. Lebih 70 events berlangsung sepanjang hari, bukan just persembahan muzik dan food vendors. Pengujung boleh chill atau buat side quest mereka sendiri dengan pergi ke event-event yang ada. Reading parties, letterpress workshops, design 101 session di Malaysian Design Archive dan open studios di mana visitors boleh tengok workspace dan creative process designers dan artists. Ada juga tempat untuk korang lepak dengan kucing!

Salah satu benda paling striking pasal Peszta: crowd dia. Multiracial, multigenerational, multi-scene. Ada orang yang datang sebab curious, first time jumpa event meriah macam ni. Pelbagai orang datang. Semua orang comfortable. Ini literally what “Malaysia under one roof” supposed to look like, actual lived experience. Dan vibe tu infectious. Orang borak dengan strangers. Share space. Discover things together. Ada warmth yang jarang feel kat festival lain.

Peszta tahun ni abandon traditional gig setting completely untuk live music program mereka. Tiada stage besar macam Mantap Kampung Attap tahun-tahun sebelumnya. Instead, persembahan muzik berlangsung di ruang-ruang intimate. salah satunya di balkoni kecil di Zhongshan Building dan rooftop concerts feturing Tres Empre, Hawa, Terrer, Rubber Band dan lain-lain. Tapi even without big headliners, festival masih packed, masih vibrant. Sebab people datang bukan just untuk tengok live act sahaja, mereka datang untuk participate, to connect, to be part of something.

Untuk kali pertama, Peszta sepenuhnya community-funded, true expression of do-it-yourself (D.I.Y.) ethos dan shared ownership yang define Kampung Attap’s creative scene. Tanpa backing korporat atau kerajaan, resources terhad, tapi komuniti transform limitation ni jadi kekuatan untuk edisi tahun ini.

Peszta remind kita yang culture bukan something yang consume passively, tapi something yang kita participate in, yang kita build together. Ini bukti dengan determination, grassroots organizing, dan genuine community support, independent arts initiatives boleh thrive. Peszta 2025 bukan sekadar festival. Ia statement. Ia model. Ia celebration of what possible bila community come together.

MyKampus Radio menyokong dan berharap festival seperti Peszta akan kekal berterusan untuk mengekalkan ruang di mana arts accessible to all, di mana diversity celebrated naturally.

Terima kasih Peszta! Terima kasih Kampung Attap! Terima kasih kepada komuniti yang make this possible!

Jumpa tahun depan!

COMMENTS