Ska Festival 2025: Gig paling GILA tahun ini

Ska Festival 2025: Gig paling GILA tahun ini

22 November 2025, Kuala Lumpur – Lantai 14 Menara PT80 DBKL berubah jadi something else entirely. Ska Festival 2025, anjuran Atas Angin, berjaya tarik hampir 1,000 anak muda untuk celebrate genre yang ramai sangka dah pupus tapi sebenarnya masih hidup dan bertenaga.

Sepuluh band perform: dari legenda macam Plague of Happiness dan Corumn 80s, kepada nama-nama fresh seperti The Mondz, ABC Youth, The Eccentric, Gerhana Ska Cinta, Skudap Skudip, PureVibracion, Budak Nakal Hujung Simpang dan Johnny Comes Lately. Sepuluh lineup, satu mission: keep ska alive.

Untuk yang tak familiar, Ska adalah genre muzik yang lahir di Jamaica pada akhir 1950-an, precursor kepada reggae. Characterized by offbeat rhythm (yang buat orang automatically nak gerak), heavy brass section, trumpet, trombone, saxophone dan bassline. Upbeat, energetic, almost impossible untuk dengar without menari. Ska sampai Malaysia through the usual route. By early 2000s, local Ska scene dah mula form. Pelbagai band buktikan gerne ini boleh resonate dengan Malaysian crowd sebab Ska music, at its core, adalah about joy, about community, about moving together. You can’t listen to Ska and duduk diam. The rhythm literally demand movement. Dan bila ramai orang move together, skank together, magic happens. Dari set pertama sampai habis, energy tak pernah drop. Crowd macam kerasukan. Pit constantly moving, strangers jadi kawan. Jatuh, orang tarik bangun. We take care of each other.

Ada something surreal bila tengok semua ni happen dalam bangunan DBKL sendiri. Government building, tapi filled with Punk kids, Ska heads, dan anyone yang just appreciate good music and good vibes. Ada irony yang beautiful kat situ underground culture thriving literally dalam establishment space.

Ini penutup kalendar Atas Angin untuk tahun ni, dan they closed it with a bang. Ska Festival 2025 prove yang budaya alternatif Malaysia bukan sekadar nostalgia trip. It’s evolving. New bands emerge, new fans discover the genre, dan community keeps growing. Selagi ada promoters macam Atas Angin yang dedicate resources untuk push local talent, selagi ada venues willing to host, selagi ada anak muda yang sanggup show up dan support, scene ni akan terus thrive.

MyKampus Radio sangat proud to witness and support movements macam ni. Festivals and gigs like Ska Festival remind kita yang culture bukan something yang consume passively, it’s something we participate in, we build together.

Terima kasih Atas Angin untuk close tahun 2025 dengan style. Terima kasih kepada semua bands yang bagi everything on stage. Terima kasih kepada crowd yang buat malam tadi unforgettable. semoga semua cepat sembuh!