25 Oktober 2025, Plaza Alam Sentral di Shah Alam atau dalam loghat Kelantan, “Shah Aley” menjadi saksi kepada show “Ngelah” (yang bermaksud “last” atau terakhir) anjuran Salam Pantai Timur. Persembahan ini menandakan penghujung tour mereka untuk tahun ini, membawa lapan band dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, bersama dua ‘act’ istimewa dari Lembah Klang: Naratu dan Sekumpulan Orang Gila (S.O.G)
Lineup menampilkan No Good, Parkingsong, Monotones, WRGASWARA, Awang Samrow dan POKPANG semua berasal dari negeri-negeri pantai timur. Setiap band membawa sound yang berbeza, dari punk rock hingga hip-hop, namun kesemua mereka berkongsi satu benang merah: kebanggaan terhadap identiti budaya dan bahasa mereka.
Opening show daripada kumpulan pemusik tradisional dari Kelantan yang memainkan alat musik tradisional seperti serunai dan rebab, seolah memberi hint kepada penonton bahawa mereka kini berada di pantai timur, bukan di Selangor. Paling menarik ialah bagaimana band-band ini membuktikan bahawa bahasa bukan milik eksklusif satu pihak, tetapi alat untuk semua orang bersuara.
Pada waktu budaya pantai timur sering menjadi bahan troll dan meme dari orang muda, mereka bangga menyanyikan lagu dalam dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ada juga memasukkan elemen instrumen tradisional ke dalam bunyi modern mereka, mencipta fusion yang jarang ditemui di scene Lembah Klang. Benda unik di dalam scene muzik Malaysia yang didominasi oleh Bahasa Melayu standard atau Bahasa Inggeris.
Dari punk rock hingga hip-hop, dari isu sosial hingga gaya hidup orang muda, band-band ini membawa perspektif yang segar dan jarang didengari di pentas utama. Mereka tidak cuba menjadi seperti band-band lain, mereka menjadi diri mereka sendiri, ditambah perasa tersendiri seperti budaya, bunyi dan loghrat mereka.
Namun, walaupun lineup malam itu menampilkan band-band yang berkualiti dan berbeza, kehadiran penonton tidak seperti yang diharapkan. Ini bukan kerana kualiti persembahan yang kurang sebaliknya, ia mencerminkan masalah dalam ekosistem muzik altenatif Malaysia: oversaturation. Pada hari yang sama, beberapa show dan konsert lain berlangsung di sekitar Lembah Klang. Audience yang sudah terbahagi terpaksa membuat pilihan dan dengan limited masa, wang dan tenaga, ramai yang tidak dapat hadir ke semua show yang mereka minati.
Salam Pantai Timur adalah inisiatif yang penting dan perlu diteruskan. Ia bukan sekadar tour gig, tetapi satu usaha untuk membina jambatan antara scene muzik di pantai timur dengan Lembah Klang, memberi platform dan pada masa sama dapat membina ekosistem dan komuniti musik.
Show “Ngelah” di Shah Aley mungkin menandakan tamat tour Salam Pantai Timur untuk tahun ini, tetapi suara band-band pantai timur tidak sepatutnya berhenti di sini. Mereka membawa muzik yang jujur, berbudaya, dan membanggakan akar mereka, sesuatu yang tidak boleh didapati di tempat lain.
MyKampus Radio berharap inisiatif seperti ini akan terus wujud dan berkembang. Muzik pantai timur bukan sekadar tentang sound, ia tentang identiti, komuniti, dan keberanian untuk bersuara dalam bahasa dan cara sendiri.


COMMENTS