Rahsia Kurus Dengan ‘Dating’

Tengok wayang adalah aktiviti yang terlalu ‘mainstream’ untuk ajak pasangan korang pergi dating. Kalau tiap kali dating buat benda sama je mesti bosan kan. Jangan sampai break up pula lepas ni. Apa kata korang buat aktiviti yang boleh menyihatkan badan dengan pasangan korang. Lagi-lagi nak tahun baru ni. Boleh lah fit sama-sama. Jom tengok contoh-contoh Sport Dates yang korang boleh buat dengan pasangan korang!


1. Jogging
Jogging ni free je tau. Tak payah keluar duit. PErgi lah taman atau tasik dan jogging lah sama-sama. Kalau sebelum ni nak habiskan 5km pun semput, tapi bila ada yang tersayang temankan, confirm semangat nak habiskan larian tu.

2. Hiking
Siapa nak hirup udara segar dan dekat dengan alam sekitar boleh lah pergi hiking. Pergi pagi-pagi lepas tu tengok alam sekeliling dari puncak. Fuhhh hilang segala penat lelah mendaki tadi!

3. Zumba
Kalau korang jenis yang tak suka jogging dan nak happy-happy, buat lah Zumba. Join mana-mana event Zumba atau korang boleh tengok youtube je. Selain ajak pasangan,member-member pun boleh join sekali! Mesti rasa syok sebab boleh keluarkan peluh sambil menari.

4. Ice Skating
Ala-ala dalam movie dah gayanya. Mahal sikit tapi berbaloi sebab ada tempat boleh main sepanjang hari. Korang boleh check dulu mall yang ada ice skate ni. Nak harapkan Malaysia bersalji memang idok lerr. Jangan ingat ice skating ni tak penat, boleh keluar peluh jantan tau.

5. Adventure Park
Kalau korang nak buat banyak aktiviti tapi tak suka pergi banyak tempat, korang boleh pergi adventure park. Banyak aktiviti boleh buat seperti rock climbing, hill rider,jungle swinger dan aktiviti-aktiviti air yang lain. Boleh pergi ke Escape Theme Park atau SkyTrex.

 

Lepas ni, makin excited la nak keluar dating. Semoga tercapai azam nak fit dengan partner masing-masing.