EMERGENCY EXIT: TUTUP SETIAP HARI!

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memberi amaran kepada semua pemilik atau pengurusan premis supaya tidak menghalang laluan keluar bagi tujuan kecemasan terutama ketika musim perayaan. Timbalan Pengarah Bomba negeri, Hassan ‘As’ari Omar berkata, laluan keluar antara elemen penting diperiksa pihaknya berikutan ia perkara utama dicari orang awam jika berlaku kebakaran di premis berkenaan. Untuk makluman semua orang, laluan kecemasan adalah diwajibkan untuk semua bangunan mengikut beberapa ciri-ciri premis tersebut termasuk teres shoplot. Mulai diwajibkan pada 1984. Bangunan yang dibuat sebelum tahun 1984 tu, diberikan masa selama lebih kurang setahun untuk renovate balik laluan kecemasan ini bagi bangunan 3 tingkat ke bawah manakala yang lebih 3 tingkat ni diberikan tempoh lebih kurang 3 tahun untuk patuh kepada law.

                            

Setiap bangunan yang ada sekarang ni, pelan dorang ni telah diluluskan berikutan ciri-ciri yang mesti ada seperti laluan kecemasan ni. Kalau premis tak mematuhi kriteria yang diberikan, maka premis itu tidak boleh  tdiluluskan sehinggalah dorang buat buat pelan bangunan yang mematuhi kriteria tersebut. Selepas bangunan tu siap, pihak JBPM pun akan datang ke tempat tersebut untuk membuat pemeriksaan samaada bangunan itu lulus atau tidak

Undang-undang ni ada perbezaannya mengikut kategori premis macam ada kategori untuk hotel, bangunan shop lot and shopping mall mengikut keperluan masing-masing. Yalah kalau ramai pengunjung datang ke premis tu mestilah laluan kecemasan dia lagi besar kan untuk memudahkan orang ramai keluar semasa kebakaran. Ada pemilik bangunan yang telah ditetapkan dengan beberapa kriteria kena renew certificate untuk bangunan mereka dengan pihak bomba setiap tahun. Tetapi, masalah sekarang ini bukan premis tak ada laluan kecemasan tetapi premis tapi laluan kecemasan ditutup. Tindakan pemilik premis ni sama sekali menyalahi undang-undang atau garis panduan keselamatan kebakaran di premis perhimpunan awam.

 

COMMENTS