Bakal PM & TPM Tak ‘Sebulu’, Macam Mana Nak Tadbir Negara?

Siapa bakal PM seterusnya lepas Tun M tak perlu dipersoalkan lagi sebab Tun M dan Anwar dah ikat ‘agreement’ sebelum PRU14 lagi. Cuma masa saja belum ditentukan. Tapi kerusi Timbalan Perdana Menteri hangat diperkatakan sebab baik Anwar atau Tun M tidak menamakan sesiapa.

Tun M dilihat seolah-olah  ingin Azmin Ali yang memegang jawatan terbabit. Dengan kredibiliti yang ditonjolkan oleh Azmin Ali, ramai membuat spekulasi bahawa Azmin yang paling layak menjadi TPM.

Hubungan Anwar & Azmin tak berapa okey. Mungkin akan tersingkir dari PKR. Tapi Tun M yakin dengan kebolehan Azmin malah turut mengatakan akan turut mempertimbangkan permohonan Azmin sekiranya Azmin ingin masuk PPBM.

Lagipun siapa lagi calon lain yang layak jadi TPM bila Anwar jadi TPM nanti? Rafizi Ramli? Setelah bebas dari sabitan penjara 30 bulan, Rafizi bercadang untuk berehat dari dunia politik selama beberapa tahun dan menumpukan perhatian pada keluarganya.

Sumber: Bernama

Anwar sendiri kena namakan calon untuk TPM juga kot, bagi tamatkan spekulasi orang ramai tentang siapa bakal TPM seterusnya. Sebelum Tun M sendiri menamakan secara rasmi siapa gandingan Anwar nanti. Yela, Tun M kan pakar dalam menaikkan calon kegemarannya.

COMMENTS