Ketupat Semakin Ditelan Zaman?

Raya tak sah kalau takde ketupat atas meja! Bukan raya lah beb namanya! Jom check out salasilah dan sejarah ketupat ni.

Apa itu ketupat?

Ketupat adalah beras yang dimasukkan ke dalam daun kelapa dan direbus sehingga masak. Ketupat ada dua jenis, ketupat biasa dan ketupat daun palas. Ketupat daun palas special sikit, dia gunakan beras pulut dan dimasukkan ke dalam daun palas. Daun tu kena lah anyam dulu baru boleh masukkan beras. Nak tutorial? Nah belanja tutorial anyam ketupat.

https://www.youtube.com/watch?v=fv7NI_Ylba4

Ketupat ni ada macam-macam bentuk tau. Bentuk jantung, bawang dan kotak. Kalau korang kreatif lagi, boleh lah buat bentuk-bentuk yang lain.

Bentuk-bentuk ketupat

Sejarah & Tradisi Ketupat

Ketupat ni dikatakan dah wujud masa zaman penceritaan Hikayat Indraputra lagi. Tu secara bertulis. Kalau secara lisan pulak dikatakan dah wujud lama sebelum tu.

Bukan orang Malaysia je yang makan ketupat. Negara lain seperti Indonesia dan Singapore pun makan juga ketupat. Malah non muslim seperti Hindu Bali dan orang Filipina turut menjadikan ketupat sebagai makanan tradisi mereka ketika musim perayaan.

Orang Jawa di Indonesia pula memanggil ianya ‘kupat’ yang bermaksud “mengakui kesalahan”. Daun ketupat melambangkan dosa atau kesalahan manusia manakala nasi yang putih pula melambangkan kesucian dan pembebasan dari dosa setelah sebulan menjalani Ramadhan.

Ketupat Takde kat Bandar?

Kannn….susah nak jumpa kat bandar. Kalau nak makan kena balik kampung. Kenapa ek? Susah sangat ke nak cari daun palas & daun kelapa kat bandar ni? Atau pun sebab demand tinggi kat kampung? Tu yang orang kampung je yang masak ketupat. Haih..tak boleh jadi ni. Kalau anak muda tak reti buat ketupat nanti lama-lama hilang lah makanan warisan ni.

So, kalau kita nak kekalkan warisan ni kena lah buat beberapa inisiatif. Mungkin kita boleh naikkan harga ketupat ni. Bila harga naik sikit, orang muda semangat nak buat ketupat & boleh lah jual. Di samping menjana ekonomi, segala teknik anyaman dan resipi boleh diturunkan ke generasi baru. Atau satu lagi cara, adakan “Ketupat Party”. Haaa…selama ni kita dengar birthday party, bachelor party je kan. Kali ni buat kelainan sikit. Para pengantin yang buat malam berinai pun boleh menggunakan tema ketupat pada malam berinai mereka. Baru lah rare beb!

P/s: Tak sah kan raya kalau takde ketupat atas meja. Makan dengan rendang, kuah kacang & lodeh..fuhhh memang terbaik!

 

 

Older Post

COMMENTS