Top 10 Troll Terbaik!!

Dah jadi trend kalau tak puas hati atau nak bahan orang, guna je troll. Troll ni banyak jenis, ada video, lagu, komik dan juga ayat. Jom tengok antara 10 troll terbaik yang korang tak patut miss out!

#1 Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Siapa minat politik, korang wajib follow TTKM ni. Troll yang mereka buat menjurus ke arah politik dan isu-isu semasa. Misi mereka adalah untuk membuka minda anak muda agar tak mudah dipergunakan dan ditipu oleh mana-mana parti politik. Mereka juga ingin semua parti agar berbakti dan tak berlepas tangan kepada rakyat.

#2 Sultan Melaka

“Beta is Better!” Itulah slogan yang selalu digunakan oleh admin Sultan Melaka ni. Konsep troll yang digunakan lebih kepada ayat-ayat sindiran.

#3 Amran Fans

Sampai sekarang tak diketahui rupa si amran ni macam mana. Gambar yang ada pun edit semata-mata. Tapi Amran Fans ni memang sempoi, guna ayat simple tapi sarcastic. Benda yang dia troll pun macam-macam, dari isu politik sampai lah ke kedai mak cik jual nasi lemak tepi jalan.

#4 Si Rashid

Rashid menggunakan medium komik bagi menyampaikan troll. Biasanya di penghujung komik, ayat “JAdilah seperti Rashid” selalu digunakan. Komik yang dihasilkan penuh mesej walaupun berbaur sindiran. Sekarang Rashid dah ada  geng baru, The Cencorot!

#5 Harvinth Skin

Harvinth lebih dikenali sebagai comedian. Dia ada channel YouTube juga tau! Korang google je SkinTV nanti keluar la video-video dia. Baru-baru ni viral bila si Harvinth ni cuba nak ikut jejak mat saleh test sprint kasut sukan kat sebuah kedai kasut ni. Mat saleh lari dalam kedai je, dia siap lari sampai ke luar. Mau tak gugur jantung brader tu! Kasut dah lah mahal.

#6 Ken M

Kita beralih ke international plak. Ken M terkenal sebab dia suka komen dekat post orang lain dan komen dia tu memang kelakar! Dia siap screen shot and share lagi komen dia tu kat forum seperti subreddit.

#7 Lee Dawson

Lee Dawson banyak buat video parodi dan juga memes. Biasanya kalau dia nak troll orang, dia gunakan akaun twitter dia.

#8 Anne Harrison

Anne berumur 30 an dan dah berkahwin. Seperti Lee Dawson, Anne pun guna twitter sebagai medium troll. Antara troll dia yang famous ialah bila dia memberikan komen tentang gambar pasangan gay yang baru berkahwin dengan mengatakan “These grooms and Best man pic is so lovely. Where is the beautiful brides pic?”.

#9  Anonymous

Terkenal dengan video troll. Video mereka sangat cool dengan ikon topeng vendetta, menunjukkan profesionalisme mereka dalam men troll. Isu yang dorang selalu troll biasanya berkaitan game, tapi ada juga terselit isu lain.

#10 Trisha Paytas

Trisha ni walaupun perempuan tapi kelakar tau. Siap ada channel YouTube sendiri lagi. Selain tu, Trisha ni active juga kat Twitter. Dia pernah tweet “I am reptilian” kat twitter dia & benda tu jadi viral.

Itu dia antara TOP 10 TROLL TERBAIK yang korang kena lihat. So boleh lah cari idea cara nak troll orang pasni kan?

COMMENTS