Jangan Sembarangan Beli Bunga!

Min ada tanya dekat kawan-kawan mengenai bunga sebagai hadiah birthday! Some say Yes and half say No.

Sebenarnya lelaki bukan bagi bunga saje-saje tapi bunga membawa makna tersendiri. Jom usya-usya!

  1. Bunga Mawar

Untuk pengetahuan uolss, Mawar ada macam-macam warna tapi menjadi fav gadis-gadis luar sana ialah mawar merah.

Kenapa merah? bunga ini membawa makna kecantikan, berani dan romantik.

Kalau nak lagi menarik, berikan gadis anda Mawar putih kerana ia tanda cinta sejati, kemurnian, kesucian kelembutan dan rendah diri.

Tapi kalau nak melamar, gunakan bunga mawar warna Jingga!

Gadis-gadis, kalau anda menerima mawar kuning ia bermaksud lelaki itu anggap anda sebagai kawan sejati sahaja.

2. Baby Breath


Digelar sebagai innocent flower. Lelaki yang bagi bunga ni dekat sangat cute cehh! min pulak melebih.

Baby breath membawa makna kepada pernikahan. Menjadi lebih menarik bila dikatakan tanda abadi atau kekal selamanya.

Makna disebalik warna bunga :
Merah jambu emosi lembut, cinta dan romantik
Biru tanda kejujuran, kepercayaan dan rasa hormat

Warna ini sangat digalakkan untuk diberikan kepada kekasih uolsss.

3. Daisy

Mawar dan Daisy sering jadi pilihan utama kalangan couple. Ye dok? gabung pula dengan Baby Breath Wow! Gempak!

Bunga ni mewakili mereka yang lahir pada April. Warna paling umum untuk bunga ni adalah warna putih.

Lelaki, kalau anda admire seseorang secara senyap, boleh bagi bunga ini berwarna merah kepada wanita k! Fahamkan maksudnya…

Nak beri semangat pada seseorang boleh bagi Daisy Oren. Sweetkan. Lelaki sila take note okey!

4. Hydrangea

Biasanya dekat meja atau kerusi kahwin mesti ada bunga ni.

Sebenarnya kalau nak tahu bunga ini sesuai dijadikan sebagai hadiah tanda terima kasih. Kalau nak cantik lagi bila ada barang hantaran, korang WAJIB letak bunga ni. Lawo!

Bagi min bunga ni sangat unik sebab Hydrangea Puple bermaksud seseorang itu nak mengenali anda lagi mendalam. Yang baru ke alam bercinta tu boleh bagi bunga ni.

Mana yang bakal bertunang atau berkahwin, guna bunga ni untuk ceriakan lagi keliling anda.

5. SunFlower

Mesti ramai orang rasa pelik kenapa bunga matahari jadi pilihan sebagai hadiah? Kalau pandai gubah, jadi menarik lee..

Bunga ini tanda panjang umur, kesetiaan dan ketulusan.

Bunga matahari bukan bunga romantik seperti mawar atau tulip tapi bunga extra large ini tanda kesetiaan tiada tandinganya.

OUPS! bunga setia tapi anda yang membaca ni tak sure lagi setia ke dok!

Uniknya pokok ni, bila mereka hidup secara beramai-ramai bukan bersendirian. Betulkan?

Nak beli bunga pastikan pilihan korang tepat okey boys !

COMMENTS