Naga Wujud Di Danau Toba

Destinasi ini Wajib anda kunjungi kalau jejak ke Indonesia.

Danau Toba merupakan tasik terbesar di Indonesia dengan panjang 100 kilometer dan 30 meter lebarnya. Pada awalnya tasik ini dipanggil sebagai gunung toba sebab dah meletus 3 kali dalam sejarah.

Hasil letusan itu, gunung tersebut jadi danau dan mengubah geografi disekelilingnya.

Tapi kali ni kita nak teroka sejarah mistik atau mitos disebalik danau ini. Katanya ada ikan emas seberat 14 kilo dekat tempat ni.

Orang tempatan daerah Sumatera berkata dulu ada seorang lelaki bernama Toba mengahwini wanita cantik yang asal usulnya dari ikan emas.

Mereka mempunyai seorang anak. Ada dimana satu ketika anak Toba lewat hantar makanan, dia menjadi marah sambil membaling bekalan makanan dan terus mengeluarkan kata “kurang ajar engkau samosir, dasar anak ikan” .

Anak kecil ini balik dengan tangisan dan memberitahu ibunya. Perasaan berkecai bila anaknya dihina sebegitu dan berlakulah angin kuat, hujan lebat dan ombak besar.

Akhirnya tempat itu dilanda banjir.

Mitos orang dulu-dulu kan. percaya atau tak tu terserah pada anda.

Ada juga kata danau ini dijaga oleh naga bersisik. Beberapa warga tempatan yang menjala ikan selalu naga ini. Sampai sekarang bentuk real naga ini masih menjadi tanda tanya rakyat sana.

Ini dua lagenda yang telah menarik minat pelancong untuk ke danau ini.

COMMENTS