Ganja: Halal Sebagai Medikasi

Bagi pengetahuan semua orang ganja ni sebenarnya ada dua jenis iaitu marijuana dan hem, marijuana ni adalah ganja yang boleh buat orang high manakala hem ni pula adalah yg sesuai untuk perubatan tetapi kedua-duanya kelihatan sama secara mata kasar kita Cuma kesan dia sahaja yang berbeza. So susah bagi kita orang biasa untuk identify benda. tanaman ganja memberi pulangan besar iaitu sekurang-kurangnya RM9 juta setahun bagi keluasan tanah 0.4 hektar meliputi tiga kali proses penuaian, sekali gus memberi pulangan lumayan berbanding tanaman sawit.

Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan penggunaan ganja dalam perubatan jika firma farmaseutikal dapat membuktikan bahan itu selamat dan berkesan. Penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluang dan diterima secara terbuka bagi tujuan perubatan, kata ketua aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. Katanya, kerajaan mahupun pihak terlibat perlu bersifat lebih terbuka untuk menggunakan ganja bagi tujuan rawatan memandangkan sudah banyak kajian klinikal dijalankan sama ada di dalam makmal perubatan tempatan dan antarabangsa yang membuktikan manfaat ganja dalam perubatan.

Sebuah parti politik dalam pakatan pemerintah di Thailand telah mencadangkan draf undang-undang yang membenarkan setiap isi rumah di Thailand untuk menanam pokok ganja.

kos perubatan terutama kanser sangat tinggi dan membebankan pesakit.Jadi, jika wujud alternatif lain, mungkin ia dapat membantu pesakit cancer ini dan sekarang paling diterima pakai adalah produk berasaskan ganja seperti mana yang dilakukan di negara luar termasuk Amerika Syarikat, Thailand dan Mexico.

COMMENTS