LPF : Memandulkan Industri Filem

Lembaga Penapisan Filem (LPF) merupakan agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Filem (Penapisan) 1952 dengan tujuan “menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara.” Siaran TV dan Internet tiada dalam bidang kuasa LPF.

Dimanakah salah penggiat filem kita sehinggakan setiap karya filem yang dihasilkan perlu melalui LPF? Korang masih ingat tak dulu cerita 1 2 jaga? Namron tunggu lama nak bikin filem ni sebab orang dekat LPF kata filem 1 2 jaga memburukkan nama unit beruniform negara iaitu Polis. Ha ni disebabkan tabo yang telah ditetapkan LPF. Pembikin filem tak boleh memburukkan kerajaan ataupun unit beruniform seperti polis askar macam tu. Korang rasa adil tak? Dalam sebuah filem kebenaran haruslah ditegak bukannya dipalsukan, tetapi filem dekat Malaysia ni pula lain macam.

Peranan LPF ni dia macam memalsukan reality. Kita tak boleh tau buat cerita pasal politican yang korupsi atau kerajaan yang menindas rakyatnya. Adakah semua ni agenda kerajaan sebelum ini? adakah kerajaan baharu akan mengambil berat tentang isu pemalsuan reality di dalam filem negara kita. Mungkin tabo filem seperti inilah yang menyebabkan pembikin filem tidak boleh mengambil isu di dalam negara untuk dijadikan filem hasilnya pembikin filem mengambil cerita luar ataupun cerita ringan seperti cinta yang hanya melalaikan rakyat Malaysia tanpa ada mesej yang penting.  

 

Malaysia diantara negara yang menjadi penonton terbanyak menonton porno.  Adakah LPF ataupun guidelines dalam filem masih releven dilaksanakan? Orang ramai boleh mengakses internet tanpa adanya limitasi yang mana berbeza dengan industry filem kita yang masih mengehadkan filmmaker berkarya sebebasnya. Tiada guna jika LPF mengkontrol apa yang terkandung dalam filem kita jika orang boleh mendapatkan benda terlarang dalam filem dengan hanya mengakses internet.

Mungkin sebab itulah ramai orang Malaysia menonton porno daripada menyokong industry filem kita. Sama juga dengan menepis filem luar daripada masuk ke pawagam kita kerana tabo filem yang ada. Orang ramai boleh sahaja menonton cerita tersebut di internet. Adegan yang dipotong daripada masuk pawagam juga adalah seperti tiada gunanya kerana orang ramai boleh sahaja menyaksikan adegan tersebut jika mereka membeli cd cetak rompak dengan full version filem tersebut tanpa dipotong.

Konklusinya, LPF tidak releven dalam industry perfileman. Kalau kita flashback dulu, masa zaman perfileman p.ramlee, taka da lagi LPF berkuatkuasa  yang mana p.ramlee bebas berkarya.   Maybe that’s why karya pramlee lebih baik berbanding dengan karya yang dihasilkan oleh filmmaker pada masa kini.

Older Post