
Kelmarin una and team pergi Festival Budaya Malaysia dekat Taman Tasik Titiwangsa, suprisingly seronok gila! Una first time pergi FBM and worth it! Banyak sangat aktiviti and persembahan dari kepelbagaian kaum dan etnik dekat Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, FBM kali ni bawak 12 program dan aktiviti baharu tau! So memang banyak gila benda yang menarik dekat festival ni! Una sampai penat nak berjalan semua bahagian sebab besar gila.
Menteri MOTAC share yang penganjuran siri siri Festival Budaya Malaysia (termasuk penganjuran di Johor dan Perak sebelum ini) dah berjaya tarik 772,192 orang pengunjung dan dapat jana pulangan pelaburan (ROI) ekonomi setempat sebanyak RM56.5 juta. So una pun tersenarai la kan dalam orang yang function bagi kebaikan dalam negara? okay gurau!

First una pergi ke Pesta Seri Rasa. Banyak gila weh makanan, dari semua negeri yang ada dekat Malaysia ni memang complete, una ada juga berbual dengan budak kecik dari Sarawak yang buka vendor mi kolok, and diaorang cakap seronok setiap kali ada festival macam ni sebab boleh datang semenanjung and bagi orang ramai rasa makanan tradisi diaorang!

Selain dari kepelbagaian makanan, ada jugak aktiviti kesenian. Antaranya, mencanting batik, dan kalau korang nak tahu festival ni ada 5 Laman yang secara tak langsung membahagikan negeri-negeri di Malaysia. Jadi korang dapat bayangkan tak betapa banyaknya keunikan dari warisan kaum dan etnik dalam negara kita.
Waktu una dekat bahagian Pantai Timur, una dapat dengar and tengok sendiri Dikir Barat depan mata. Selalu una dengar dekat Karoot Komedia X je…. Kali ni dapat peluang dengar sendiri seni persembahan tradisional yang popular di Kelantan dan rantau Nusantara ni. Bukan tu je, kami pun dapat tengok live wayang kulit tau!


Sempat juga singgah ke bahagian JejakMoyang Warisan Alam Mah Meri, dekat sini kita dapat tahu yang tarian masyarakat Orang Asli suku kaum Mah Meri ni sebenarnya ada cerita disebalik semua tu. Nak tahu tak?
Haaa tarian Jo-oh ni ialah tarian untuk mereka berterima kasih pada nenek moyang, pada alam, untuk perkahwinan, memang dari dulu kala diaorang mewarisi tarian ni, and diaorang dah mula dari umur 7-12 tahun tau!
Topeng tu pulak ada cerita-cerita tersendiri, diaorang cakap tak pernah sekali pun diaorang akan terlupa untuk pakai topeng tu!

Selain dari penglibatan semua negeri di Malaysia, Vietnam, Thailand dan China juga terlibat untuk FBM kali ni. Vietnam & Thailand terlibat dalam segmen Precious of Malaysia-Citraloka 2026. China pula dalam segmen Beyond Harmony Concert 2026 yang gabungkan lebih 300 orang anak muda dari Malaysia dan China. Tapi sayangnya, una tak sempat tengok segmen ni, harapnya tahun depan ada lagi..

Sebelum una balik, una sempat tengok sekejap Battle of the Band, hebat weh! Battle of the Band ni jugak dah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shahruddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Una sempat dengar persembahan dari Child From The East. Korang nak tahu tak, umur budak-budak ni muda lagi, ada yang 6 tahun dah berani buat persembahan atas pentas besar.
Tapi una tertarik dengan budak yang main drum ni, dia macam penyeri persembahan malam tu! umur dia baru 9 tahun tapi power gila ! and sebelum gerak balik ada jugak persembahan dari Herman Tino! Gen Z ingat tak dialog ikonik dia ? ” Hafizzzz ”

After all, seronok gila festival ni, tapi una sebenarnya tak puas explore festival ni sebab besar sangat. Una sampai sesat dalam tu, so overall una bagi 9/10. -1 sebab sakit kaki.
Una harap tahun depan una dapat pergi lagi and explore semua slot!

COMMENTS