Kenapa Dengan Baju Melayu?!

Sekarang banyak dah fesyen baru baju Melayu. Tapi hakikatnya masih ramai yang lebih suka rekaan baju Melayu tradisional.

Lelaki yang pakai baju Melayu tradisional ni lebih macho! Nampak keMelayuan sangat.

Kalau korang nak tahu setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersirat. Ini antara maksud di setiap rekaan baju Melayu:

1. Lima Butang Baju Melayu Melambangkan Rukun Islam

Lima butang ni melambangkan kesemua rukun islam termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

2. Tiga Saku Baju

Kebanyakkan baju Melayu mempunyai tiga saku atau poket dekat depan. Ketiga-tiga ini melambangkan akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

3. Sampin

Melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah.
 
Pakai sampin bawah lutut bermaksud korang dah berkahwin. Yang pakai atas lutut masih bujang.
 
Tapi kalau dah berkahwin tapi masih pakai sampin atas lutut, mungkin laki korang tengah mencari isteri kedua.

4. Baju Melayu Butang Satu

Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Korang boleh tengok rekaan ni dalam baju Melayu teluk belanga.

5. Asal Usul Baju Melayu

Rekaan ni mula sejak 700 tahun yang lalu time Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua nakkan satu pakaian diraja.

Then, baju Melayu dikatakan banyak dipengaruhi daripada pakaian Arab iaitu jubah. Seluar pula membawa pengaruh daripada Turki.

Secara ringkasnya baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan sehingga kini menjadi kebanggaan kaum Melayu di Malaysia.

So, kalau kita sendiri tak memartabatkan baju Melayu, siapa lagi?