Air Oren Bodoh Hidangan Untuk Hari Raya

Kalau korang ni orang Melaka, mesti korang tahu jenama Long Chan, atau secara kolokialnya dipanggil “oren bodoh”. Apa yang bodohnya dan kenapa panggil macam tu? Ni ada cerita sikit…

Syarikat Long Chan dah bertapak sejak 1910 lagi, time tu kilang diorang kat Pengkalan Rama.

Time tu juga syarikat Fraser and Neave merupakan pengeluar air berkarbonat yang berpusat di Singapura.

Sebelum Perang Dunia Kedua, apa je yang Singapura buat, Melaka mesti nak lawan.

Pada asalnya diorang ni keluarkan kordial minuman macam oren dan sarsaparilla, dan perisa paling popular ialah oren.

Jadi bila orang Melayu nampak botol bentuk begini, terus dipanggilnya “botol oren”, tak kisahlah perisa apa dalam tu.

Pada tahun 1936, Fraser and Neave berjaya dapatkan hak penjualan Coca-Cola.

Time tu di bandar-bandar, minuman air berkarbonat ini dianggap minuman high end sebab susah nak dapat.

Jadi Long Chan keluarkan versi yang lebih murah untuk bersaing.

Selepas bertahun di Pengkalan Rama, diorang berpindah ke Sungai Petai di Alor Gajah untuk kilang yang lebih besar.

Tapi tak silap saya 2 tahun lepas diorang pindah ke Rembia pula. Then, dipanggil “oren bodoh” sebab orang Melaka ni menggunakan perkataan “bodoh” ni untuk kata air ni versi yang murah, atau dalam zaman 90an dulu, orang kata “local“, kemudian “cap ayam”.

Sekarang saya kerap dengar “harga marhein”(?) Apapun kalau berhari raya, tak lengkap sekiranya tak ada “oren bodoh” untuk dihidangkan pada tetamu.