Orang Dah Lupa Kuih Raya Lagend!

Hari raya je mesti akan ada pelbagai kuih raya yang akan dihidangkan. Setiap tahun ada je kuih raya baru yang muncul, disebabkan kreativiti dan budaya moden. Benda ni menyebabkan beberapa kuih warisan bangsa semakin ditelan zaman.

Haa untuk budak-budak baru nak up (BBNU) korang kena tahu kuih raya ni. Bukan semata-mata sebab ia merupakan kuih legend, tapi rasanya jugak sedap!

1. Putu Kacang

kuih ni bukan setakat orang Melayu je suka, orang Cina pun suka. Bahan asas kuih ni ialah kacang hijau. Cara nak buat dia unik, zaman dulu orang buat guna penumbuk kayu yang dikenali sebagai lesung kaki.

Itu kaedah tradisional kanau nak hancurkan kacang tu. Zaman moden ni, korang boleh menggunakan mesin pengisar untuk hancurkan kacang.

2. Biskut Dam

Sekali nampak, macam korang boleh main dam dan catur kat biskut ni sebab bentuk dia. Biskut dam ni kalau betul cara buat dia alan jadi rapuh dan sedap gila!

Tapi renyah nak buat dia, korang tengok pun boleh tahu kuih ni banyak kerja nak kena buat. Kena asingkan dua bancuhan doh yang berbeza iaitu doh vanilla dan coklat untuk hasilkan dua warna yang berlainan. Mungkin sebab renyah nak buat, so kuih ni ditelan zaman.

3. Kuih Karas

kalau sekali pandang nampak macam bihun, tapi ranggup dan sedap! Kuih karas ini biasanya terkenal di negeri utara Malaysia terutama di Kedah.

Kuih tradisional ni gunakan tepung beras dan bentuk yang terhasil adalah jaringan halus macam bihun tapi rangup dan manis sebab digoreng dalam minyak yang banyak.

4. Kuih Suji

Kuih suji ni antara kuih tradisional yang selalu dihidangkan ketika raya. Kuih suji sangat lembut dan rapuh mudah cair dimulut, sebab tu budak budak suka.

Sekarang ini orang jarang dah nak buat. Kalau korang tetiba teringat zaman-zaman beraya dulu, bolehlah cuba buat sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ketika raya.

5. Batang buruk

Via Gempak

Kuih ni nama dia unik dan rasa dia pun menarik. Warnanya yang putih dan ditambah pula dengan serbuk yang manis menjadikan rasa dia sebati dan sedap gila!

Nama je yang tak kena, tapi sekali korang ngap! Lupa dah nama dia sebab korang akan rasa sedap je.

Kuih raya yang semakin ditelan zaman ni biasanya sedap, tapi sekarang susah nak dapat sebab cara penyediaan dia renyah. So, no wonder lah kalau korang jarang jumpa sekarang ni.