Dalam Peti VS Ruang Tamu

Biasanya bila beli buah-buahan mesti masuk dalam peti tapi tahu tak ada pantang larang untuk sesetengah buah!

  1. Pisang

Mengandungi 3 jenis gula sukrosa, fruktosa dan glukosa. Sesuai untuk meneutralkan gula dalam badan sebab ada vitamin B6.

Pantang larang : Jangan masukkan dalam peti ais sebab ia melembapkan dan menghitamkan pisang. Kalau nak pisang lagi cantik, balut tangkai dia guna plastik.

2. Tembikai

Mengandungi Vitamin A sesuai untuk menjaga rambut dan kulit. Melembapkan kulit dan ada kolagen. Girl take note !

Patang larang : Untuk hindarkan buah cepat busuk dan berair, tembikai yang selebihnya mesti dibalut dengan plastik.

3. Oren

Vitamin C sesuai untuk mengelakkan penyakit kanser, sistem pencernaan dan menjaga kecantikan kulit. Makan oren je kalau nak cantik!

Pantang larang : oren penuh dengan air , boleh masukkan dalam peti atau letak luar peti.

4. Epal

Amalan hidu epal boleh memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.

Patang larang : epal digalakkan masuk dalam peti dan jangan ditindih. kalau rajin balut epal guna kertas pastikan tangkai diatas.

Tips : Setiap pagi buat jus epal, sesuai untuk detox ! Boleh slim.

5. Mangga

Buah ni mampu mengelakkan kita dari penyakit strok sebab mengandungi kalium. Buah ini mengandungi Zat Besi, Protein, Karbohidrat, Vitamin A dan banyak lagi.

Pantang larang : Elak letak di suhu bilik bagi elakkan buah jadi hitam.

Tips : Buat jus mangga letak susu. Sedap tapi manis. Jangan sampai potong kaki.

6. Limau kasturi

Zat besi tinggi sesuai dimakan atau dijadikan minuman untuk mereka yang mudah letih dan lesu.

Patang larang : tak susah untuk jaga limau kasturi, letakkan dalam peti sebaris telur.

Tips : kalau nak hilangkan batuk try cara ni (limau + kicap + garam) campur dan minum waktu pagi dan malam.

7. Strawberi

Fakta menarik pasal buah ni, ia boleh putihkan gigi. Strawberry kaya phyto dimana dia boleh kurangkan kolestrol dalam badan. Anti – oksidan yang dalam buah strawberry dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan.

Pantang larang : Simpan dalam tupperware dalam keadaan kering dan masuk dalam peti ais. Kalau nak lebih tahan lama letak dalam freezer.

COMMENTS