Covid19: Kenapa Tiada Lockdown di Sweden ?

Dengan krisis pandemik yang sedang melanda dunia pada ketika ini, Sweden dengan bersahaja tidak mengisytiharkan negara mereka darurat dan seterusnya memerintahkan rakyat mereka berkurung di rumah.

Mesti pelik bukan bila mana negara lain ada yang lockdown sampai berbulan lamanya tetapi Sweden buat rileks je. Mesti ada sebab kenapa mereka tidak mengisytiharkan lockdown. So, kalau korang nak tahu apa sebabnya, jom kita tengok bagaimana sistem pemerintahan negara Sweden ni berfungsi.

Antara sebab kenapa Sweden tidak meletakkan negara mereka lockdown adalah kerana Sweden percaya bahawa rakyat mereka boleh menjaga diri dengan mengamalkan konsep ‘sense of responsibility’. So. no wonder-lah rakyat diorang boleh chill je masa pandemik ni.

Selain tu jugak, negara Sweden ni mengamalkan konsep kebebasan individu itu adalah lebih penting daripada kepentingan masyarakat. Jika di Malaysia, kita mengutamakan kepentingan kelompok majoriti dan baru disusuli dengan kepentingan minoriti/individu. Jadi, tak peliklah yang rakyat Sweden ni rileks je boleh keluar macam hari biasa.

Tambah pulak, orang Sweden ni punya tahap kepatuhan kepada arahan kerajaan mereka tinggi sebagaimana yang dinyatakan oleh pemerhati sosial. Kira orang Sweden ni secara mudah fahamnya, diorang jenis dengar cakap dan ikut arahan lah. Contohnya, rakyat Sweden tidak boleh berkumpul lebih daripada 50 orang, elakkan daripada menggunakan public transport, warga emas kena duduk rumah dan menariknya tiada paksaan untuk berkerja dari rumah. Best bukan ?

Tapi benda macam ni tak valid kalau Malaysia guna pakai. Korang semua pun tahu kan perangai orang kita ni macam mana ? Apa pun, sentiasa kita menjaga diri dan bersama kita mencegah wabak Covid-19 ni demi kesejahteraan Malaysia hari esok. Bersamamu Malaysia !!