INDUSTRI YANG JANA DUIT SEMASA COVID19 !

Banyak industri yang terkesan dengan Covid 19 ini. Namun begitu, masih ada yang mengaut keuntungan sejak wabak ini melanda seluruh dunia. So, jom kita lihat industri yang dapat untung besar tu.

1.INDUSTRI PERUBATAN

Kalau tengah berlawan dengan virus, mestilah industri perubatan yang terlibatkan. Nak nak kalau virus yang masih takde ubatnya lagi. Ada yng mula buat research. Ada juga orang pun mula nak jaga kesihatan sebab takut terjangkiti oleh virus ni. Lebih lagi, virus ni boleh menyebabkan kematian. Bukan itu saje, bahkan pandemik ini menyebabkan kekurangan bekalan & peralatan. Jadinya keperluan tu kena tingkatkan and banyakkan sebab itulah industri ni boleh kaut untung yang banyak masa Covid19 ni.

2. INDUSTRI BARANGAN PEMBASMI KUMAN

As we know lah, Covid 19 ni memang related dengan kebersihan. Jadi time awal-awal virus ni tersebar kat negara kita ni, memang licin terus barangan pembasmi kuman ni contohnya hand santizer, face mask, produk anti-bakteria and lain-lain. Tisu pun sampai takde stor ! Yang lagi teruk, bila ada juga yang ambil kesempatan, jual barangan ni dengan harga yang mahal gila kononnya produk mereka ni memang boleh hapuskan virus Covid19 lebih berkesan. Wah wahhh. Iyee pun nak kaya cepat, janganlah menipu !

3. INDUSTRI HIBURAN & MEDIA ONLINE

Ini kalau takde ni, memang mati kebosanan lah kita kan ? Hahaha. So, time tengah berkurung dekat rumah tu, industri ni pun dapat tempiasnya bila ramai yang guna masa mereka untuk tengok movies and videos. Contohnya Nexflix, Iflix, Viu, Anime, Kartun and lain-lainlah. Nak nak Astro pun ada bagi free channel sepanjang PKP ni. Gila untung ! Boleh lah menghilangkan bosan and habiskan masa kan. Kalau dekat Jepun, ada satu syarikat ni bagi akses percuma untuk any video pornografi kepada mana mana individu and pasangan sempena Covid19. Haaaaa. Dekat Malaysia takde ke nak bagi ? Huhu.

4. INDUSTRI PENGHANTARAN MAKANAN

Siapa je yang tak suka makan kan ? Time Covid19 ni, manalah boleh nak keluar sesuka hati utk puaskan nafsu makanan tu. And masa ni juga lah craving nak makan macam-macam. Jadinya, semakin banyaklah permintaan yang gunakan servis penghantaran makanan ni, contohnya Foodpanda, GrabFood, LalaRunner dan lain-lainlah. So, memang tak peliklah why industri ni boleh dapat kaut untung. Bahkan semasa Covid19 ni, banyak juga promotion and diskaun yang ada. So, orang tak payah pening kepala dah. Just order je pastu boleh sampai depan pintu rumah. Tak payah leceh-leceh beratur apa semua. Just stay at home, okay ?

5. INDUSTRI PEMBELIAN ATAS TALIAN

Wah ! Mentang-mentanglah banyak masa, makin banyak jugalah orang free untuk usha-usha barang dekat online kan ? Kalau kita tengok dekat tv, ada pelbagai channel yang berkaitan dengan pembelian atas talian ni. Belum lagi iklan Lazada and Shoppe. Manalah orang tak tertarik nak beli. Mudah macam tu je boleh dapat keuntungan masa Covid19 ni kan ? Tapi kena beringatlah, janganlah guna duit bantuan untuk shopping online pulak ye.

So korang, tulah industri yang boleh dapat untung besar time Covid19 ni. Haaaa. Siapa kata time wabak, banyak industri yang tutup. Padahal masih banyak lagi yang mampu jana pendapatan mereka.