- Status Terkini Covid-19 di Malaysia
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 8 Mac 2020, semalam , terdapat enam (6) kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Jumlah pesakit yang positif coronavirus ialah 96 orang . Manakalah kes yang disahkan negatif ialah 2237 .
2. Status Terkini Kes Disahkan Covid-19 Yang Telah Pulih
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-41 yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Kuala Lumpur. Ini menjadikan 24 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad .
3. Jumlah kes Coronavirus satu Dunia
China negara yang mempunyai kes tertinggi iaitu 80868 kes dan 3111 angka kematian . Bilangan keseluruhan kes satu dunia ialah 109 ,795 . jumlah kematian pula 3,803 . Manakala bilangan pesakit yang sembuh ialah 57, 376 orang . 104 Negara yang terlibat dengan menyebaran coronavirus ni . Malaysia salah satu negara yang dijangkiti virus ni sebanyak 24% .
4 . Mencegah lebih baik dari merawat
Langkah pencegahan yang penting perlu dilakukan seperti selalu basuh tangan , elakkan berjabat tangan dengan orang lain , pakai maskBILA berjumpa dengan orang . Seterusnya Langkah-langkah lain yang diambil termasuk meningkatkan kebersihan persekitaran di semua stesen ERL termasuk KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2.